| Subcribe via RSS

Kaitan Antara Kad Grafik Dan V.K Lingam

January 21st, 2008 | 1 Comment | Posted in personal

Upgrade PC Lama

Baru minggu lepas, aku telah menukar motherboard, power supply dan menambah 1 gig RAM untuk pc lama aku. Motherboard terbaru ini boleh memuatkan pentium 4 dan juga Intel Core 2 Duo, tapi disebabkan aku sudah tiada bajet, maka aku masih mengekalkan Intel Pentium 4 sebagai pusat pemprosesan data, lagu dan video melayu lucah.

Dan, CPU ini ditambah dengan kad grafik Nvidia Geforce 7200gs yang membolehkan aku bermain game Granado Espada tanpa tersekat-sekat. Jumlah kemusnahan dianggarkan Rm700.

dhpvt72swang.jpg

Kereta Di Bengkel

Kereta aku akan masuk bengkel untuk proses touch-up kembali bahagian badan kereta yang telah dilanggar atau sengaja melanggar. Tauke Cina tersebut memberitahu aku untuk mengembalikan seri kereta aku, jumlah kebinasaannya adalah Rm200, satu deal yang sangat baik bagi aku.

Register MUET

Aku baru tersedar bahawa masih tinggal lagi 4 semester untuk aku habiskan kursus sarjana muda ini, iaitu dalam masa 14 bulan. Maka, aku mengharuskan diri aku agar mendaftarkan diri untuk peperiksaan MUET, atau aku akan konvo keseorangan. Masih aku ingat dikala menjejakkan diri di MMU, menyambung pelajaran dalam bidang electronic commerce. Sekarang, aku hampir ke jalan penamat, harap tiada apa-apa aral melintang lagi.

Lagu Yang Dimiliki 

mmj.jpg

Aku merupakan peminat lagu-lagu band Malaysia, bukan setakat Hujan atau Meet Uncle Hussain. Malah band seperti Plague of Happines, Seven Collar T-Shirt, Dragon Red dan Republic of Brickfield pun selalu bermain dalam sub woofer ini. Jangan tak sangka, aku juga minat lagu berentak euro trance, yeah Manuel Le Saux dan Dj Tiesto!
Berjumpa Totin, Ekin, Syaff Dan Syara

Setelah hampir 3 tahun berkenalan melalui blog, akhirnya aku berjaya menemui mereka di Melaka. Kebetulan Totin dan Syaff berada di Melaka, maka tanpa segan silu aku dan seorang teman pergi menemui mereka di Jongker Walk. Suasana malam itu agak meriah, dan mata aku berpinar-pinar melihat jalan yang sepanjang 2 KM itu dipenuhi barang kegadisan.

Menghias Rumah, Potong Sayur

Ini adalah antara aktiviti yang aku lakukan untuk menghabiskan masa lapang ketika bercuti. Aku dan adik berjaya mengecat satu rumah, dimana warna yang menyerlahkan rumah aku adalah Nusantara dan Markash. Selain itu, aku juga berjaya memotong kacang panjang dan cendawan, setelah hampir sekian lama tidak memotong bahan-bahan tersebut. Mengagumkan!

Lulus Semua Subjek

Ingin aku nyatakan disini bahawa aku telah lulus kesemua subjek yang diambil pada semester lepas. Dan memang telah aku jangkakan subjek Business Law akan membuatkan pointer aku menurun, ah aku benci subjek itu. Lihatlah apa yang aku buat terhadap Business Law itu di How To Manage Myself?

V.K Lingam Tak Mengaku

Topik hangat masa kini mengenai konspirasi dalam pelantikan Ketua Hakim Malaya. Suruhanjaya Diraja sudah mengemukakan 6 bukti yang mengenal pasti orang didalam video tersebut adalah V.K Lingam, tapi beliau masih menafikannya. Lingam tidak mengaku — Walaupun klip video ‘kelihatan seperti saya, suara macam saya’

Pada pandangan anda, siapakah lelaki dalam video itu? Mungkinkah Encik Raja jiran rumah aku?

Dan akhir kata, tiada apa-apa kaitan antara kad grafik dan V.K Lingam

Related Posts
  1. Sepi The Movie...
  2. Kepenatan Melampaui Batas...
  3. Jom Hantar Kad Hari Raya...
  4. Cleopatra Stratan - Si Comel Yang Berbakat...
  5. Hari Raya Puasa 2008...
Tags: , , , , , ,