UITM Perlu Berfikir Lebih Jauh Ke Hadapan
Sibuk isu baru-baru ini yang mempersoalkan kenyataan Menteri Besar Selangor mengenai kemasukkan 10% bukan bumiputera ke UITM. Ibu bapa aku merupakan bekas penuntut UITM (dahulu dikenali sebagai ITM), memang tidak dinafikan ITM banyak melahirkan golongan profesional di kalangan melayu. 20 tahun dahulu, ITM memang dikenali dengan kualiti pembelajaran mereka, dengan itu mengeluarkan ramai golongan bijak pandai dalam industri perbankan, pembuatan dan sebagainya.
Namun, bila difikirkan pada masa kini, adakah masih relevan metodologi yang dipakai UITM dalam dunia yang serba kompetitif? Lambakan universiti dan kolej yang menawarkan kursus-kursus yang mengikuti peraliran zaman, dan membuatkan kedudukan UITM makin terpencil. Persaingan ada dimana-mana sahaja, tapi perlu diingatkan persaingan bukan hanya datang dari kalangan bumiputera, ia juga datang dari kalangan bukan bumiputera. Cadangan Menteri Besar Selangor perlu dipandang dari sudut yang positif, dimana kemasukkan 10% bukan bumiputera akan dapat meningkatkan ketahanan pelajar untuk menghadapi dunia luar yang sangat mencabar.
Pelajar UITM perlu berpijak di dunia yang nyata, bahawa konglomerat yang besar dan kaya ini hanya mengambil pekerja yang berkualiti tinggi, yang dapat menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan, dan dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum dengan lebih berkesan. Namun tidak dinafikan pelajar UITM juga boleh dikatakan tinggi demandnya, sila rujuk rajah dibawah. Nasib baiklah mereka menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.

Lantas, aku berfikir untuk kebaikkan kaum bumiputera juga, kita perlulah berfikir jauh kehadapan, usah takut dengan kemasukkan 10% bukan bumiputera, kerana berjayanya kalian menghadapi cabaran tersebut, bermaksud UITM berjaya melahirkan kaum Melayu yang lebih berkualiti. Fikir-fikirkan lah..
Tags: melayu, menteri besar selangor, video uitm