Pernahkah kalian terfikir untuk ‘bagaimanakah mengedit gambar’, supaya gambar tersebut akan menjadi tatapan umum di myspace serta mendapat lebih 500 komen? Semalam aku berbual dengan adik aku, dimana dia menyatakan gambar yang comel serta kreatif lebih mudah menerima komen dari kawan-kawan berbanding dengan gambar yang tidak diedit, dan aku mengakuinya.

Eh, adik aku? Eh, sedara aku? Eh, kawan aku?
Lalu, aku mengambil tindakan drastik dengan melawat akaun-akaun myspace yang berkenaan, dan ada yang aku perasan mempunyai lebih 500 komen untuk satu gambar yang gedik, sangat impressive!
Berbanding dengan akaun myspace aku yang ntah-ape-ape, kebanyakan daripada mereka sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk memastikan laman mereka kelihatan cantik, cool serta anggun untuk tatapan ramai. Aku juga melihat adik aku mampu menggunakan lebih 3 software hanya untuk membuatkan gambar itu kelihatan ceria menarik, dan aku? Upload jer apa yang ade sudey…
Ada juga trend dimana cara-cara pose juga amat dititikberatkan agak sudut yang diambil itu kelihatan cute dan cool. Posing yang paling popular dalam skala ‘ke-hot-an’myspace adalah seperti berikut :


Apakah persamaan kedua-dua gambar diatas?
Melalui pengamatan dua gambar diatas, dapat aku membuat satu hipotesis bahawa makin tinggi sudut kamera dari muka kita, makin hot la gambar itu. Ya, itulah hasil kajian aku hari ini.
Tags: edit gambar, komen, melayu gedik., myspace