Kes Anwar Meliwat, Mana Videonya?
Mereka, sangat pandai membuat tuduhan meliwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaikan menyambut ulang tahun ke-10 penahanan DSAI atas tuduhan yang sama. Aku sudah semakin jelak untuk menonton TV3 dan membaca Utusan Malaysia kerana banyak info telah diputarbelikan oleh mereka dan mereka. Setiap kali aku melihat paparan berita mengenai DSAI, akan segera aku menutup television atau helaian akhbar.
Walaupun tuduhan tersebut masih berada dalam siasatan, namun kita sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun amat menjangkakan konspirasi yang bakal dimainkan oleh orang-orang dalaman. Iyalah, populariti DSAI semakin memuncak terutamanya selepas kemenangan besar Barisan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas.
Kasihan aku melihat DSAI, tatkala aku menonton ceramah beliau di Shah Alam baru-baru ini, DSAI kelihatan amat marah terhadap tuduhan yang tiada bukti itu. Sungguh bijak mereka-mereka itu mengalihkan perhatian kita dari isu kenaikkan harga minyak ke tuduhan meliwat, namun orang yang bijak seperti aku tidak akan mudah terpedaya dengan konspirasi tersebut.
Aku pernah membincangkan isu Barisan Rakyat dan BN dengan aunty aku, rata-rata golongan 40-an keatas boleh dikatakan agak pro-kerajaan. Mereka agak risau jikalau Barisan Rakyat memerintah, adakah hak orang melayu masih dijaga? Lalu aku menanyakan soalan kepada mereka, apakah hak yang paling istimewa pernah mereka dapati sepanjang hidup mereka 40 tahun. Jawapannya, harga minyak naik!
Satu persoalan untuk kalian, jikalau betul tuduhan liwat Anwar Ibrahim, mana videonya? Tunjukkan kepada rakyat Malaysia sepertimana tersebarnya video Chua Soi Lek, jangan memperbodohkan rakyat Malaysia lagi.
Tags: anwar ibrahim, barisan rakyat, bn, harga minyak naik, liwat