10 Blog Yang Akan Aku Lawati Lebih 2 Kali Sehari
Disebabkan sindrom raya yang masih panas, aku makin tiada mood nak update blog pasal jumlah visitors yang sangat hampeh. Bayangkan dari 250-300 normal visitors, dah jadi 50-80 je sehari. Walau macamane pun, aku tetap ucapkan selamat hari raya kepada semua rakan-rakan blog.
Disebabkan tahap keboringan yang pada tahap karma, aku bukan main rajin sekali melawat blog-blog mereka ini. Antara blog-blog yang aku lawati adalah:
- Infomalaya.com - Walaupun ada ramai penulis dalam blog ini, aku tetap mengatakan Bat adalah pemiliknya. Pasal, aku rasa macam dia je yang banyak tulis. Amacam Bat? anak murid..ada sihat?
- SyamsulAriff - Si Vangardx ni selalu membuat topik yang best untuk aku gelak-gelak. Maybe pasal dia ni army, nak buat lawak kat padang kawat tu ada mau makan pelempang. So, wat lawak kat blog pun jadila kan.
- AbdFattah - Banyak topik-topik semasa yang disentuh. Tapi aku paling suka bila dilinkkan satu topik tu dengan entri-entri dari blogger laen. Secara tak langsung, aku boleh baca blog laen jugak.
- MohdIsmail - Aku suka baca pasal ayat-ayat yang dia gunakan sangat tersusun. Maksud aku, kalau dibandingkan aku yang English + Melayu. Mohd Ismail pula boleh dikatakan 100% Bahasa Melayu. Tapi dia ni masuk blog aku bukan pernah nak tinggalkan jejak pun..apadaa..
- Khai Scukz - Antara rakan blog yang boleh dikatakan rapat dengan aku. Even we all tak pernah jumpe, tapi boleh dikatakan friendly sangat. Antara topik menarik yang kami sentuh adalah mengenai server down, graphic dan T**A..sape T**A?..haha
- Akak Fiona - Pemilik zetsful ni cukup pantang bila aku panggil dia akak. Rakan dari LKW yang sangat friendly, cheerful dan lawak. Selalu berbincang dengan dia pasal PPP, tempat makan dan lain-lain. Fiona, buka semester nanti I dah boleh lepak sama dengan u la!
- SaifulSham - Aku banyak belajar teknik marketing dalam blog dia ni. Kelmarin, ada seorang pelajar dari UKM rasanya datang rumah aku beraya. Gadis itu merupakan pelajar peringkat Master, dia ada menyebut bahawa SaifulSham pernah memberikan talk di tempat beliau belajar. Sangat berinformasi untuk mana-mana pembaca yang minat mengenai bidang bisnes.
- Megat Blogmas - Antara faktor aku rajin ke blog dia ni pasal die slalu tinggalkan komen. Seperti Khai pernah mentionkan pada aku, die malas tinggalkan komen pada blog aku pasal aku guna blogger. So, terima kasih Megat atas kerajinan hang.
- Szab.net - orang top dalam mencari duit secara online. suke melawat blog ini untuk belajar dari orang yang sudah berjaya.
- 5xmom.com - Ini adalah blog yang aku akan lawat lebih dari 4-5 kali sehari. Aku suka melawat blog aunty ni pasal dia sangat lantang bersuara terhadap Google yang kejam. Sesungguhnya aku amat membenci google yang suka memotong rezeki orang lain. Kepada blogger yang bermediumkan English, lawatlah blog 5xmom kerana anda akan impress dengan kata-kata dia yang simple tapi sinis.
Aku sudah menyatakan 10 blog yang aku lawati setiap hari, korang pula bagaimana?