Kronologi Anugerah Skrin 2008
Aku berblogging live mengenai Anugerah Skrin 2008, untuk setiap minit akan dilaporkan terus ke entri ini. Kalau kalian berada jauh di luar negara atau di pejabat, boleh berkunjung ke website Tv3 untuk menonton secara live, atau putarkan saluran radio kalian ke stesen Era.
Selepas persembahan pembuka oleh Nicky.
9.19pm : Rancangan Bual Bicara Terbaik - Macam-macam Aznil
9.21pm : Lakon Layar Terbaik - Mira Mustafa & Ara (Filem Sepi)
9.22 pm : Persembahan bertenaga dari artis yang kontroversi dengan aksi buka bajunya, Faizal Tahir menyanyikan lagu Coba. (Teringat si dia S dahulu begitu mengilai Faizal Tahir, entah apalah ceritanya sekarang)
Saiful Apek, Kanchana Devi & Que Haidar menyampaikan 3 anugerah iaitu Lakon Tv Terbaik, Drama Komedi Terbaik & Rancangan Realiti Terbaik. Pelik dengan Kanchana Devi yang kononnya tidak sengaja bercakap Tamil, dey! Deepavali illek
9.29 pm : Lakon Tv Terbaik - Wasiat Fitrah
9.32 pm : Drama Komedi Terbaik - Mr. Mama
9.33 pm : Rancangan Realiti Terbaik - So You Think You Can Dance
Kembali kepada Adlin Aman Ramli & Nurul Syuhada, untuk Anugerah Shine Pantene. Tahun lepas, Fauziah Gous menang untuk anugerah ini, tahun ini Anugerah Shine Pantene dimenangi oleh Wan Sharmilla, pelakon drama Kisah Kaisara.
–Iklan–
Belinda Chee, Fazura & Remy Ishak menyampaikan anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama & Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama.
9.45 pm : Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Normah Damanhuri (Tuhan Pun Tahu)
9.46 pm : Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Que Haidar (Tuhan Pun Tahu)
Persembahan oleh Faradhiya, Adi Putra, Ery Putra, Emilda menyampaikan lagu Seiring Sejalan. Persembahan yang tidak berapa menarik, mungkin gabungan mereka tidak kena. Agak membosankan. Memang membosankan.
Maya Karin, Iqram Dinzy & Fauziah Gous menyampaikan 3 anugerah iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem & Rancangan Hiburan Terbaik.
9.56 pm : Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem -Nasha Aziz (Sepi)
9.58 pm: Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Zaefrul (1957 Hati Malaya)
9.59 pm: Rancangan Hiburan Terbaik - Project Superstar S2
–Iklan–
Dato’ Dr. Syeikh Muzaffar, Daphne King & Zuhairah menyampaikan anugerah Rancangan Dokumentari Majalah Terbaik & Rancangan Laporan Khas Berita Terbaik (Kenapa semua penyampai baca skrip, bosannya!)
10.09 pm: Rancangan Dokumentari Majalah Terbaik - Majalah 3 (Seniman)
10.11 pm: Rancangan Laporan Khas Berita Terbaik - Buletin Utama (Orang Asli Terancang)
Adibah Noor & Lah VE menyampaikan lagu Ketulusan Cinta. Gabungan duet mereka sangat mengagumkan, kekuatan vokal Adibah Noor, wow! Tapi baju Adibah Noor macam kelakar sikit, bintik-bintik macam cerita Madagascar 2 jep!
Aznil Nawawi & Zul Huzaimi menyampaikan anugerah Rancangan Muzik Terbaik & Drama Rantaian Terbaik. Lawak lah Aznil meniru gaya suara Fasha Sandha yang macam tersangkut-sangkut itu.
10.20 pm: Rancangan Muzik Terbaik - Anugerah Juara Lagu 2008
10.22 pm: Drama Rantaian Terbaik - Bicara Aur Dengan Tebing
–Iklan Lah Pulak–
Dato Jalaludin Hassan & Sofia Jane pula menyampaikan anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama, Pelakon Lelaki Terbaik Drama. Haha, Fauziah Ahmad Daud tidak hadir untuk menerima anugerah, maka Fauziah Nawi yang mengambil anugerah tersebut. Bak kata Adlin, ini kerana Fauziah Ahmad Daud ada meeting dengan Fauziah Latif. Sigh~
10.32 pm: Pelakon Wanita Terbaik Drama - Fauziah Ahmad Daud (Suara Saleha)
10.33 pm: Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Zamarul Hisham (Ihsan)
Tiba lah giliran Jacklyn Victor menghiburkan penonton dengan lagu Pilihlah Aku. Jacklyn Victor nampak cerah pula malam ini, pakai Fair & Lovely kot.
Erra Fazira & Afdlin Shauki menyampaikan anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem, Pelakon Lelaki Terbaik Filem. Afdlin Shauki seperti biasa nampak lebih mengandung daripada Erra Fazira, man you need diet a bit dy.
10.42 pm: Pelakon Wanita Terbaik Filem - Baizura Kahar (Sepi)
10.44 pm: Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang)
–Iklan dengan jayanya–
10.53 pm: Anugerah Khas Juri - Yasmin Ahmad
10.59 pm: Pengarah Terbaik Filem - Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang) Kenapa! kenapa Kabir Bakthiar tak menang? Aku suka Sepi & Cinta, taching lebih.
11.03 pm: Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Suara Saleha)
11.05 pm: Filem Terbaik - Kala Malam Bulan Mengambang Adoi, baru bajet cerita Sepi, 8 kali aku ulang tengok tidak bosan.
11.09 pm: Drama Terbaik - Suara Saleha Sempat Nurul Syuhada jerit terkejut pasal confetti tiba-tiba tembak. Ha ha
Overall, Anugerah Skrin 2008 agak hambar, rasanya Adlin Aman Ramli sudah sedaya upaya menyemarakkan suasana dengan lawak sarkastiknya. Nurul Syuhada perlu memperbaiki lagi stail untuk mengacarakan majlis yang besar, jangan terlalu terikut gaya Majalah 3.
Oh ya, Datuk Siti Nurhaliza membuat persembahan penutup, cantiknya baju dia blink-blink.
Tapi, aku tak puas hati filem Sepi tidak dapat membawa balik Filem Terbaik, bagi aku Kala Malam Bulan Mengambang memang membosankan, tidak menyentuh atau menarik perhatian aku langsung. Pelik, pelik.
Tags: Adlin Aman Ramli, anugerah skrin, keputusan pemenang anugerah skrin, kronologi anugerah skrin 2008, Nurul Syuhada, tv3










