Hi there, I'm hafreze. Currently I am studying at MMU Cyber majoring in Electronic Commerce at Gamma Level. This is my personal blog, don't abuse it. I am a freelancer for Web Development, Business Minded and Internet Marketers. Further info at Read more..

Ashamed On Yourselves If You are Discourage With Your Life

enjoy our life

It’s quite a long time I didn’t rant in english, I think that my english sound so stupid and I am rather to speak on my mother tounge. Yet, I have to admit that my malay also not very good enough, sometime I took a long time to figure out which words that need to be inputted into the sentences, laugh at myself..haha!

Approximately after 3 months I blogged in malay, I felt that I need to chat with you guys in this language as it is more convenient and straight forward. While I am still having my final examination, noted that I will entering my final year studies at MMU, I feel that I am growing old. On 22 on May, I will celebrating my 21th birthday, suppose we plan to celebrate it at Seoul Garden Korean BBQ Restaurant, in which they are serving the steamboat at a very cheap price, I think around RM26 per person. You can take whatever food that you are desire, and prepare to get your belly bloated. My friend give me their business card, and I noticed that there is a free serving for birthday boy, good customer relationship!

Just now, I spent a while on youtube and discovered interesting stuff that need to be shared with you guys. There were some videos that mesmerize myself, in which it taught me about courage and passion. The videos covered the sequence of shows in British Got Talent, a guy that selling the handphone and a boy that always being bullied in school. These two courage young men proves that eventhough they are nothing(in the eyes of other people), yet they are capable to use their talent in appropriate ways.

Paul Pott amazed the three judges of Got Talent, who are Simon Cowell, Amanda and Piers Morgan with his song, Nessun Dorma. In this video, he looks unconfident, sad and full of sorrow, but when you watch this video, a sense of proud will touch your heart. Believe me, it was downloaded for more than 24 million times.

The second video, also from Got Talent, showed me a 12 years old boy that always being bullied in school since 6. He entered this competition in order to show to his friend that he has the talent on church singing. I am really amazed with his voice especially when it comes to the high pitch, which is sound incredible for ordinary people like us to achieve, yet Andrew had proved that.

For instance, I think that whether we are always being dumped or criticized by others, we shall take it as a challenge and improve ourselves. Utilize our talents beyond the limit and we may get the good result.

Kepenatan Melampaui Batas

Setelah berjaya aku menghilangkan diri dari dunia blog lebih kurang 2 minggu, akhirnya tergerak juga hati untuk updatekan juga. Hilang bukan sebarang hilang, hilang kerana exam yang bersusun bagaikan tiada henti. Aku sedang melalui peperiksaan semester, 8 subjek termasuk muet! Hari ini, aku sudah pun menyelesaikan 4 subjek dan muet, masih ada lagi 4 subjek iaitu research methodology, advance english, macroeconomic dan managerial communication.

Untuk beberapa hari ini, aku meninggalkan Dengkil dan menginap di hostel. Memikirkan soal kekerapan peperiksaan, aku membuat kesimpulan untuk tinggal sebentar di hostel agar lebih mudah untuk bergerak ke dewan peperiksaan tanpa perlu mengerakkan enjin kereta. Oh ya, aku bakal memulakan program internship tidak lama lagi, kemungkinan pada 26/5/08. Si dia sudah pun memberi warning agar aku tidak mengatal di tempat kerja, haha.

Aku tertarik dengan satu video di youtube, menggunakan keyboard untuk membuat effect guitar. Komposisi lagunya agak menarik,tetapi berulang-ulang. Namun, daya kreativiti lelaki ini memang bernas. Gerakkan cursor anda dan lihatlah kehebatannya.

Kalian Terdesak Untuk Bekerja?

“Datuk, tolong asingkan link leh? Letak Tekong from flavert media lab. Tekong link blog, flavert tu letak link company. Hehe thx in advance.”
Ini lah permintaan terakhir tekong kepada aku, sob sob sob.

Ini adalah kad nama aku hasil design tekong dari Flavert Media Lab, cantikkan?

Kelmarin, aku mendapat panggilan telefon daripada IBM Malaysia untuk menghadiri sesi temuduga yang akan berlangsung hari Isnin ini di Plaza IBM, bersebelahan dengan One Utama. Aku akan melalui satu proses iaitu Aptitude Test, dan setelah mengooglekan baru aku tahu Aptitude Test ini menguji skil logik seperti kalkulus. Baru aku teringat sudah lama tidak aku menjengahkan diri ini untuk matematik.. haha.

Oleh sebab aku sudah mendapat tawaran untuk membuat praktikal di IPerintis yang berpangkalan di KLCC, maka aku tidaklah mengharapkan sangat tempat di IBM. I- Perintis merupakan satu syarikat IT yang memberikan support kepada sistem IT Petronas. Dahulu ia merupakan satu jabatan dalam Petronas namun telah dipisahkan agar boleh membuat bisnes dengan syarikat-syarikat yang lain. Gaji yang diberikan untuk internship adalah RM500, dan terasa agak cool juga bila bekerja disitu. Bak kata Adi, it’s look sexy. (Dia pun dapat juga)

Bertempat di tingkat 22, Tower B, aku dapat membayangkan panorama seluruh KL yang dapat dinikmati di pagi hari sambil menghirup Nescafe. Oh ya, sedang aku mencari latar belakang mengenai IBM, ada satu website yang menarik perhatian aku iaitu SCAM JOB. Golongan yang sering terjatuh dalam Scam Job ini terdiri daripada para pelajar dan juga penggangur. Metodologi yang mereka pakai hampir sama, iaitu kalian perlu membayar sejumlah wang terlebih dahulu sebelum menerima tugasan.

Bernasib baiklah aku mendapat maklumat sebegini dari AsiaPartTime mengenai How To Fight Againts Scam kerana ini dapat memberikan pendedahan awal kepada kita agar tidak sama jatuh dalam aktiviti hina ini. Aku berasa kasihan kepada mereka yang terdesak untuk bekerja, niat mereka murni, tapi ditipu oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab.

Ini membuatkan aku teringat kepada MLM, seperti Luxor dan Lampe Berger. Kedua-dua syarikat ini mengamalkan MLM untuk pemasaran produk mereka, tapi kebanyakkan daripada mangsa yang terjatuh dalam MLM adalah terdiri daripada pelajar yang tidak mempunyai skil pemasaran. Mereka terasa ditipu walhal diri mereka yang bersalah kerana tidak bersungguh-sungguh membuat promosi. Untuk berjaya dalam MLM, masa dan tenaga perlu dikorban kerana kita perlu menarik orang lain untuk menjadi downline. Namun, strategi yang dipakai oleh sesetengah pelajar seperti memaksa membuatkan MLM mula dipandang sebagai aktiviti Scam. Harus aku tegaskan disini bahawa MLM bukan scam, namun bagaimana kawan-kawan kalian membuat pujuk rayu ketika mempromosikan MLM adalah scam.

Metodologi yang dipakai dalam MLM adalah sama, iaitu menunjukkan kemewahan diri sendiri atau orang lain untuk membuat kalian berasa cemburu, lalu melibatkan diri dalam MLM. Kadang-kadang aku terfikir, apakah mereka ini memang tamak atau tersangat bodoh dengan realiti dunia? You can’t gain anything if you don’t do nothing.

Aku akui, ramai orang berjaya dengan MLM, mereka memang mempunyai kesungguhan dalam bidang ini, dan mencapai hierarki yang tinggi dalam sistem MLM. Tapi, ramai juga terkandas kerana tidak memahami skil dan method terbaik untuk menjayakan program MLM ini. Ada kawan aku yang berjaya dengan Luxor, namun dia terpaksa melepaskan pelajaran kerana tidak mempunyai masa. Ini kita panggil sebagai Opportunity Cost iaitu kita mesti melepaskan sesuatu untuk mencapai sesuatu. There’s nothing in the world that we would gain everything.

Apa pendapat kalian pula?

Hah? Siapakah Dia Itu?

Gambar diatas ini merupakan hasil tangkapan En. Aqim tanpa meminta kebenaran pun dari dia, peduli kan, member-member. Dalam gambar ini ada kehadiran si dia, cubalah teka yang mana satu?

Kebarangkalian untuk aku pergi ke kelas apabila menghampiri musim exam adalah 13% sahaja, kurang sangat nak capai tahap 50%, gelak untuk diri aku..haha. Khamis lepas, ada seorang makhluk bertanyakan sesuatu kepada aku.

Hafreze, amacam ko dgn S**m* tu? Tengah bahagia erk? Camni la lupa member…

Lalu aku menjawab, siapa dia tu? Kawan aku tercengang, namun aku masih memberikan muka paling blur yang pernah aku buat untuk abad ini. Hey kawan, sudah lama aku berganti teman baru, lagi cantik lagi baik, kenapalah kau ketinggalan sangat ni. Hish, minta dijauhkan daripada S**m*. Tak ingin aku!

Siang tadi, aku sedang beromantik-romantik dengan si dia di Tau Cafe, menikmati waktu lunch disamping ponteng kelas. Tiba-tiba, ade seorang insan menepuk belakang aku, aku toleh belakang melihat Masyhur dengan tersenyum-senyum memandang aku. Dia pun menikmati lunch bersama rakan sekelas iaitu Muzalifah, sambil menunggu kehadiran kekasih beliau, Fyz agaknya. Jangkaan aku betul, tidak lama kemudian Fyz muncul di Cafe Tau, sambil berkata pada aku ‘Lu, Beg Mekap Wa Mane?’

Ya, birthday dia minggu lepas, dan dia menunggu beg mekap sebagai wishlist, aku terlupa untuk membelikan beg itu sebagai hadiah hari jadinya. Actually, buat-buat lupa kerana sudah kekeringan wang, marilah derma kilat kepada aku!

Sekali lagi aku memberikan peringatan, AKU NAK DUIT!!!

Kelmarin, mama melawat aku di Dengkil, kehadiran beliau amat aku nantikan kerana :

if(mama==$$){
echo “Aku ada duit”;}
elseif
{
echo “Mampus aku nak makan apa minggu ni?”;
}

oh sungguh kurang asam anak ini. Aku amat merindu mama tapi atas kesibukkan yang teramat sangat, aku tangguhkan jadual pulang ke rumah. Semalam, kami pergi ke rumah MakTih dan menemui kesemua sedara-sedara yang hot belaka. Aku merindui kamu, Azza.

Untuk pengetahuan kalian, buat pertama kalinya aku berjaya makan daging kuda tanpa mengetahui itu adalah daging kuda. Aku begitu lahap memakan daging kuda masak lada hitam kerana menyangkakan itu adalah daging lembu. Hinggalah Azza mengatakan daging itu adalah kuda, namun aku ingat dia hanya bergurau, kecewa betul apabila mama aku mengatakan daging itu milik kuda(bernafsu kuda la aku lepas ni). Arghh, terus selera aku terencat, ingin muntah ada rasanya, tapi memang sedap.

‘Janganlah makan pakcik, pakcik tak bersalah’ kata kuda kepada aku

Cannot Go Laaa!

Tergamam aku apabila mendengar cerita dari si dia, apabila seorang kenalan kami bertanyakan soalan yang lari topik dalam forum ‘Tentang Cinta’ anjuran IU. Forum itu banyak berkisarkan cinta kepada tuhan dan sudah semestinya tidak sesuai untuk kita bertanyakan soalan cinta kepada manusia.

Saya sudah gila bayang kepada seorang gadis ini..bla bla..bla

Kalian, apabila aku mendengar perkataan ‘Gila Bayang’ sudah cukup membuatkan aku berasa kasihan terhadap beliau. Penggunaan perkataan tersebut agak radikal untuk forum yang berkonsepkan ilmiah, apalah salahnya jikalau dia mengunakan perkataan ‘Minat’, ‘Suka’, ‘Jatuh Cinta’ dan sebagainya. Perkataan gila bayang itu sudah cukup membuatkan maruahnya jatuh, sudah tentu gadis yang diminatinya itu berasa jelak dengan perkataan itu.

Aku memahami yang dia amat meminati gadis tersebut, namun bila mengetahui gadis itu sudah menjadi hak milik orang lain, aku amat tidak menyokong tindakan tersebut. Bukannya gadis itu tidak pernah memaklumkan akan ‘Availability’ beliau kepada lelaki tersebut. Namun, sikap lelaki itu yang tidak pernah memahami akan perkataan ‘Single Not Available’ membuatkan mereka-mereka semakin hilang hormat terhadap lelaki itu.

Ya, lagi beberapa minggu aku akan menghabiskan Gamma year degree dan akhirnya memasuki tahun terakhir. Praktikal akan bermula tidak lama selepas peperiksaan akhir, dan diikuti dengan MUET. Sekarang, aku boleh dikatakan hari-hari berada dirumah kerana kesibukkan menyiapkan assignment dan presentation untuk beberapa subjek. Damn it, tekanan sikit!

Duit juga semakin berkurang membuatkan aku makin tidak keruan, perlukah aku merompak bank? Secara anggaran, aku akan menghabiskan 600-700 sebagai duit poket, tidak termasuk sewa rumah, bil, dan lain-lain. Bagi aku, nilai itu sudah biasa untuk aku habiskan, dan aku terkejut bila si dia memaklumkan yang jumlah belanjawan bulanannya hanya 200. Oh, aku boros rupanya!

AKU NAK DUIT!!!!!

Copyright © 2008 - hafreze.com
Theme by nEUtrOniCs and powered by WordPress.