Wan Nor Azlin Tuntut Nafkah

Wednesday, October 29, 2008 22:41
Posted in category event

Wan Nor Azlin yang pernah popular dengan klip video lucahnya telah menuntut nafkah sara diri dan anak-anaknya dari Mohd. Yazli Yaacob, setelah ditinggalkan selama 4 bulan tanpa berita.

Dalam pernyataan tuntutannya, Wan Nor Azlin meminta dibayar RM5,000 untuk perbelanjaan peribadi, RM2,000 untuk perbelanjaan rumahtangga, RM1,000 untuk Amanah Saham Bumiputera dan RM500 untuk bayaran insurans peribadi bulanannya.

Dakwanya, Mohd. Yazli juga sering meninggalkan beliau dan anak-anak yang mana kali pertama berlaku pada tahun 2001 apabila defendan menghilang diri selama 40 hari, selama dua tahun pada 2005 dan terkini sejak 10 Julai lalu.

p/s: Nampak dah tua je muka Wan Nor Azlin ni, kasihan dekat dia yang selalu ditimpa nasib malang.

Along Cham & Zila AF Bertunang

Wednesday, October 29, 2008 22:18
Posted in category event

Natasha Hudson tetap cantik walaupun ketika hamil. Jom kita tengok gambar artis malaysia hamil, pregnant!

9 November ini Zila AF akan menemui cinta sejati dengan peserta Raja Lawak iaitu Along Cham untuk mengikat tali pertunangan antara mereka. Ditanya berapa tahun mereka akan bertunang, Zila berkata mungkin satu setengah tahun. Akuinya, biarpun sedar tempoh itu lama tetapi ia bergantung pada keadaan. Namun, jauh di sudut hatinya, dia sudah bersedia bergelar isteri serta hidup berumah tangga.

Berbicara mengenai majlis bersejarahnya dengan Along, gadis yang menetap di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini berkata, sederhana saja tetapi tetap meriah. Katanya mereka akan berbalas sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan dan tujuh (lelaki).

“Apapun, mengenai wang hantaran usahlah dibicarakan dulu. Saya lebih senang dibincangkan pada majlis itu yang akan berlangsung di kediaman keluarga di Felda Loi Selatan,” kata Zila mengakui keluarga Along datang merisik pada 12 Oktober lalu.

Norman Hakim Gerak Khas Ditangkap Khalwat?

Wednesday, October 29, 2008 21:46
Posted in category event

Utusan kata(bukan aku kata), seorang pelakon drama Gerak Khas yang baru sahaja dapat cahaya mata ditangkap khalwat di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, awal pagi tadi. Kalau ikut realiti, yang sebetulnya pelakon gerak khas yang baru dapat anak adalah pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi.

Dan merupakan satu kebetulan juga, Norman Hakim &  Abby Abadi mempunyai pejabat di alamat MDH Trading & Services (001543198-M), 4-1A, Tingkat 1, Jalan UP 1/2, Ukay Perdana Ampang, 68000, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Takkan semua ini satu kebetulan yang sangat kebetulan (apa aku cakap ni!)


Full House Musim Kedua

Wednesday, October 29, 2008 5:17
Posted in category marketing

Natasha Hudson tetap cantik walaupun ketika hamil. Jom kita tengok gambar artis malaysia hamil, pregnant!

Pelakon kacak Rain bersama Song Hye-gyo akan kembali dengan siri drama Full House musim kedua tidak lama lagi. Produser Asia Drama berkata, mereka hanya boleh mengekalkan hanya seorang pelakon utama dalam siri kedua ini iaitu sama ada Rain atau Song Hye-gyo.

Full House musim pertama yang ke udara pada 2004 sememangnya popular di Korea dan banyak negara Asia. Begitu juga dengan penonton Malaysia sehinggakan penyanyi Izwan Pilus tampil dengan versi Melayu lagu temanya, Kembali Senyum.

Difahamkan, pihak produksi akan mengundangkan salah seorang anggota kumpulan F4 untuk beraksi dalam drama ini.

Liya AF & Asri Bertunang

Wednesday, October 29, 2008 4:56
Posted in category event

Haziq Af sudah stylo lah sekarang, pakai snow cap Bob Marley! Sebenarnya, aku tidak kenal Liya Af, sebab tu tidak bercerita pasal dia pun. Ha ha