Hi there, I'm hafreze. Currently I am studying at MMU Cyber majoring in Electronic Commerce at Gamma Level. This is my personal blog, don't abuse it. I am a freelancer for Web Development, Business Minded and Internet Marketers. Further info at Read more..

Yuna - Voices Upg Event

Last week, I went to the biggest event conducted by University Peer Group (UPG), Voices in conjunction with clickachild charity event. They were inviting some popular underground bands such as OAG, Meet Uncle Hussien, Bittersweet, Hujan, Yuna, and more. Of course, you could get the idea on the size of the crowd, approximately 4000+ youngsters filling every spaces in MMU grandhall.

l_faff4f39ba042d7ad6089593baf1c832.jpg

As I am very fancy with underground bands, but since then I am not aware on Yuna. Once she step on the stage, her voice instantly capture my heart with her song, After Midnight. Her voice made myself freezing for a while, it keeps remind me at Norah Jones. While Norah Jones more on country genre, which is not very suited me. In fact, Yuna was great at choosing other genre that suit with my taste, playing her acoustic guitar with her sexy voice.

1541805661_l.jpg

Taken from  her myspace.

Yet, she need to improve on her showmanship, keep communicating with the audience, since I’m noticing that she seldom talk to us, I felt a little bit dull. After all, her beautiful songs cover up most of the weaknesses, and I’m stunned to her voice for a while.

She has a full package as a talented singer, with her pretty face and voice, I think she can go further. In fact, I am looking forward to her next performance.

Tags: ,

Fast Update : Apakah Arah Tuju Aku?

Sudah makin jarang aku mengupdate blog ini, kerana masa yang amat terhad membuatkan aku hampir terlupa akan kewujudan blog ini. Namun, aku masih memasuki control panel untuk moderate beberapa komen yang tidak diingini.

Seperti tajuk entri, aku sudah memikirkan hala tuju aku, tapi tidak aku dedahkan kepada kalian kerana merasakan tidak penting. Tapi, hati ini sudah tidak tertahan-tahan untuk menaip, serta meluahkan perasaan yang kian terbuku dalam jiwa ini. Ceh!

1. Berjaya Mendapat Rakan Kongsi Ketiga

Seperti yang kalian perhatikan dalam entri terdahulu, setelah memenangi Business Idea Terbaik untuk peringkat kebangsaan, aku mula ingin merasionalkan idea tersebut kepada perniagaan yang sebenar. Proses mencari rakan kongsi yang mahir dalam bahagian pengaturcara amatlah payah. Namun, berkat usaha dan doa ibu bapa kami, kami akhirnya berjaya menarik seorang programmer yang ingin membantu kami, walaupun dibayar sedikit sahaja. Beliau merupakan pakar dalam bidang security, selalu terlibat bersama Verisign dan TrustGate. Dan, aku mengharapkan proses kami dalam menyiapkan prototaip ini dimudahkan selamanya.

2. Cradle Mahu Invest RM50,ooo

Sekarang, kami sedang menyiapkan bajet serta milestone untuk dibentangkan kepada pihak Cradle. Tidaklah berkeyakinan untuk mendapat geran daripada mereka, namun berbekalkan pengikitirafan daripada MSC, kami berharap geran bernilai RM50,000 itu diserahkan kepada idea kami. Oh, banyak tu RM50,000! Sudah mula berangan untuk memakai MacBook setiap seorang.

3. Tiada Kesudahan Bila Hidup Dikelilingi Perempuan

Sejak aku mula bergiat dalam golongan ’single and negotiable’, ramai wanita mula mendekati kembali diri ini. Bukanlah aku ini hensem sangat, tapi mungkin rezeki kot. Tapi, hati ini sudah kering untuk jatuh cinta terhadap sesiapa pun, bagi aku percintaan ini amat menyusahkan diri. Namun, mama aku pernah berkata, jikalau wanita itu daripada UPSI, beliau memperkenankan aku untuk kahwin awal! haha.

Sejak itu, aku mahukan gadis UPSI! haha

3. Dihantar Ke Singapura Untuk Asian Technopreneur Youth Leader Exchange

Baru-baru ini, ideas.connection telah dijemput sebagai wakil MMU untuk menghadiri  simposium bertaraf dunia ini di National University of Singapore. Program selama seminggu ini akan mengumpulkan pelajar dan syarikat dari negara-negara asia untuk bersidang serta bertukar idea perniagaan. MMU akan menghantar 3 orang wakil dimana segala perbelanjaan ditangguh penuh oleh mereka. Dan mungkin Chief of Finance, Adi akan dihantar bagi memenuhi jemputan tersebut. Satu pengalaman yang berharga buat ideas.connection!

 4. Tidur Itu Satu Nikmat

Aku akui bahawa waktu tidur yang tunggang-langgang membuatkan otak ini tidak dapat berfungsi dengan optimumnya. Lalu, aku mengambil inisiatif untuk tidur awal, iaitu seawal 2 pagi. Oh, jangan harap aku tidur pukul 10! Dengan mempunyai waktu tidur yang mencukupi, hidup ini lebih ceria dan cergas. Tidur juga dapat membuatkan emosi kita terkawal dan stabil. Maka, haruslah aku tidur selepas ini.

 5. Ke Genting Bersama Sahabat Handai

1_929650653l.jpg

Adi, Amin, Joe dan aku bergerak ke Genting Highland seawal 8.30 pagi untuk merehatkan minda. Dengan menaiki kereta satria kuning, kami sampai ke puncak gunung pada pukul 10.15. Udara yang segar serta berkabus membuatkan kami seakan berada di luar negara.  Kami mengambil pakej outdoor yang berharga RM28 (adalah caranya), dan puas sehingga tidak mahu keluar dari taman tema Genting. Akhirnya, kami balik dari genting pada pukul 10.30 malam. Adi mengatakan menaiki spaceshot pada waktu malam bagaikan berada di syurga, dia bagaikan mendapat hidayah apabila berada diatas. Oh, omongan sahaja!

Ya, sangat cool rasanya bila nama aku masuk The Star. Bacalah keratan akhbar ini USM, MMU earn top honours

Bila Muka Masuk Paper

cool.jpg

Tak sempat nak pose, demn buruk muka aku.

Kemenangan semalam sangat memberi makna kepada aku dan Adi. Apabila nama ideas.connection diumumkan sebagai johan bagi kategori business idea, rasanya segala hasil penat lelah kami berhasil. Tidak aku sangka muka kami akan terpapar dalam website Berita Harian, KL Tuan Rumah Kongres Dunia.

Sementara itu, Ideas.connection yang dianggotai pelajar Universiti Multimedia, Hafriz Zulkapar dan Adi Azfar Mohd Nor menggondol tempat pertama bagi kategori idea perniagaan dalam pertandingan Pelan Perniagaan Institusi Pengajian Tinggi 2007/2008 itu.

Kumpulan itu yang mengemukakan cadangan tapak pengiklanan virtual bagi semua ‘blogger’ memenangi hadiah utama berjumlah RM5,000 dan berpeluang untuk memohon skim dana pra-komersial MSC Malaysia untuk menterjemahkan idea mereka kepada perniagaan.

Majlis yang bagaikan Anugerah Juara Lagu ini bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya. Kehadiran dif-dif kehormat dari Kementerian Pelajaran Tinggi, Microsoft, Sun Microsystem dan sudah tentu Telekom Malaysia kesayangan aku menaikkan lagi taraf majlis tersebut.

Sudah tentu, ucapan tahniah bertalu-talu diterima sepanjang hari ini. Inbox aku sudah dipenuhi dengan berpuluh-puluh email, bilik aku penuh dengan trofi yang tidak tersusun dan kami masih tersenyum gembira. Oh, bekas-bekas kekasih aku, inilah lelaki yang pernah kamu tinggalkan dahulu! haha

win-msc.jpg

Ini hanyalah langkah permulaan untuk menjadi seorang entrepreneur yang berjaya, dan aku berharap perjalanan hidup kami dimudahkan, Amin! Apa lagi, tinggalkan komen kalian!

Petronas Interested At E-commerce

Just receive a mail from my lecturer according to the Petronas invitation on career talk. They are inviting some of the students in faculty of management to attend their seminar at Level 40, KLCC.

Some of the majoring that will get involved in this seminar are Business Admin, Marketing, Economics and E-commerce. After all, I’m kind of surprise to get this invitation since I didn’t expect that Petronas will eventually interested to get the resume from us. Oh, forget to mention, they are require us to bring along our CV and resume while attending the talk.

Their requirements for attending the seminar  are at least CGPA above 3.0 and a final year students. I’m passed both of the requirements and would likely to attend the seminar with Adi.

By the way, next Monday and Tuesday I’ll be facing the final competition for IHL- Business Plan. Hope everything is ok! Tomorrow, we will having our mock presentation with some of the lecturers and right now Adi is improvising our presentation slides.

After all, wish us luck!

Tags: ,

Macam-macam Aznil, Faizal Tahir dan Aksi Buka Jaket

Rabu lepas, aku bersama dengan 3 orang teman bergerak ke bangunan Astro yang terletak di sekitar Bukit Jalil untuk program Macam-Macam Aznil. Untuk pengetahuan kalian, ini adalah kali pertama untuk diri aku menjejakkan kaki di studio, dan aku sangat kagum dengan kecanggihan set mereka, banyak sungguh lampu-lampu besar.

Ha, mengapakah tergeraknya hati aku untuk membenarkan diri ini dirakam oleh lensa-lensa kamera tersebut? Hal ini disebabkan sudah menjadi lumrah bagi diri aku untuk melupakan apa sahaja perkara buruk yang berlaku tempoh hari dengan melakukan aktiviti yang enjoy.

8147363.jpg

Sudah menjadi trademark untuk Macam-Macam Aznil agar melambaikan tangan setiap kali Aznil menyebut kata-kata keramat beliau. Oh, aku baru tahu mengenainya! Dan aku sudah hampir lumpuh tangan ini kerana terpaksa bertepuk tangan, dan juga membuat lambaian tersebut.

Kami juga diberikan bantal agar membaling mana-mana artis yang tidak membuat persembahan dengan baik. Ha, mungkin kalian tidak menyangka bahawa pada hari tersebut Macam-Macam Aznil menjemput Faizal Tahir dan Lisdawati. (Oh Salmi, I dah jumpa dia depan mata, jangan jeles ok!)

Faizal Tahir seperti biasa memakai baju serta buckle lagak seorang Superman, dan tidak lupa sepasang jaket. Kalian cuba teka, apakah yang bakal dibuat oleh Faizal Tahir? Seperti yang dijangkakan, ketika sesi berjoget bersama penonton, Faizal Tahir telah membuka jaket beliau dan memusingkannya lagak seorang penari Tiger Dance. Haha, kau memang begitu ke Faizal?

Lisdawati dengan badan yang sarat mengandung kelihatan sangat cantik dan anggun. Walaupun berbadan dua, beliau kelihatan sporting dan melayan peminat dengan baik. Terus terang aku katakan aku terpegun melihat wajahnya di depan mata aku.

Aznil pula sangat pandai berlawak, sesuai dengan title dia sebagai pengacara no 1 Malaysia. Beliau pandai mengenekan seseorang dengan lawak yang sinis, namun tidak sampai keterlaluan. Kulit beliau juga sangat bersih, seperti disuntik vitamin C, kamu perempuan memang akan rasa tercabar melihat kecantikkan kulitnya. Ayuh perempuan, sedarkan diri kamu sebelum terlambat!

P/s: tiada gambar ketika pengambaran kerana diharamkan oleh pihak pengurusan.

Tags: , ,

Copyright © 2008 - hafreze.com
Theme by nEUtrOniCs and powered by WordPress.