| Subcribe via RSS

Ringtone Upin Dan Ipin

September 6th, 2008 | No Comments | Posted in personal

Aku baru menonton cerita Upin dan Ipin episod 7, dan mereka sangatlah comel! Tergelak-gelak aku bila salah seekor labah-labah dinamakan sebagai Kak Ros, iaitu kakak si kembar itu.

Berbalik pada tajuk, ada satu babak dimana ketua kelas mereka mengucapkan ‘Selamat Pagi Cikgu’ dengan gaya yang begitu gedik sambil mengusha-usha. Ayat tersebut telah menjadi ringtone untuk mesej aku, dan manalah tau kalau kalian juga berminat, bolehlah download selamat pagi cikgu upin ipin

Tontonlah video dibawah agar hidup kalian lebih ceria!

Tags:

Hari Raya Puasa 2008

September 5th, 2008 | 1 Comment | Posted in personal

Baru 5 hari kita menunaikan ibadah puasa, namun sudah kedengaran lagu-lagu raya dipasang bukan sahaja di radio, malah di pasar raya, kebun getah dan ofis aku. Agak sedih juga puasa tahun ini kerana ini merupakan tahun terakhir aku akan berpuasa sebagai pelajar MMU. Mungkin tiada lagi kedengaran suara housemate yang menjerit untuk bersahur dan buka puasa.

Program internship aku di iperintis akan berakhir pada akhir bulan ini, lega juga kerana berjaya melengkapkan semester ini. Sekarang aku sedang membuat migration database dari lotus notes kepada sharepoint. Sangatlah merumitkan, dan ini membuatkan aku terfikir sejak bila aku dilahirkan sebagai seorang programmer, walhal selama pengajian aku di MMU, aku hanyalah pelajar bisnes.

Terus terang aku katakan bahawa aku tidak mempunyai minat terhadap programming, atau apa sahaja yang berkaitan dengannya. Aku lebih berminat membuat internet marketing, dimana aku boleh melihat nilai simpanan makin meningkat, berbanding melihat coding yang entah apa-apa.

Namun apa lah boleh aku buat kerana sebagai pelajar praktikal, aku hanya menerima arahan. Walaupun tidak cenderung ke arah programming, namun dipaksakan juga agar lebih berminat.

Kala ini, aku hanya mempunyai 12 subjek yang perlu diselesaikan sebelum menggengam ijazah. Semester depan aku berhasrat untuk mengambil 5 subjek (macam boleh!), subjek ringan sudey..

hebat ni..

Aku perlu memikirkan tajuk final year project, bagaimana menghasilkan CMS untuk porno?..haha

Ya, baru semalam aku mencuba web browser baru, google chrome yang sangat laju dan mengkagumkan. Setakat ini aku tidak mengalami apa-apa crash, pelik juga ada rakan-rakan yang sudah terkandas ketika menggunakan chrome. Well, macam tak paham pula kan…

Great Victory To Anwar

August 26th, 2008 | 1 Comment | Posted in personal

Dato Seri Anwar Ibrahim had won with 31195 votes at Permatang Pauh By-Election, defeating Arif Shah with a majority of 15671,yeah quite a big margin.

At last, he made his way into the parliament after 10 years being insulted by gomen, as this by-election symbolize the power of suara rakyat to the gomen. It’s not a victory for Anwar, but a victory for the whole Malaysian. Hope that he can make his way to become the next Prime Minister.

After seeing Utusan and TV3 kept condemning Anwar day after day, now we see that the mainstream media had lost their effectiveness of influencing people. Wake up duh, we are on 21st century, who’s still watching television? Everyone watch youtube and veoh maa..note to P1 WiMax and Streamyx, a warning to increase your speed!

Just now Chanlilian just update her blog on ‘Government to Target Blogosphere Next‘. Chewwww, already control mainstream media, also want to control us arr. After all, we have to be more careful, wait until Pakatan Rakyat take over this country, then blogger can be treated well enough.

A note to DSAI, say thank you to all bloggers that doing the campaign for you, although they cannot come to Permatang Pauh, yet they are the major people that contribute to your victory. Congratulation Pakatan Rakyat!

Tags: , , , , ,

Cleopatra Stratan - Si Comel Yang Berbakat

August 20th, 2008 | 1 Comment | Posted in personal

Aku mula mengenali penyanyi comel iaitu Cleopatra Stratan yang berasal dari negara Romania ketika merayau-rayau di youtube. Dilahirkan pada tahun 2002, dia telah berjaya menghasilkan album seawal umur 3 tahun dengan jumlah terjual melebihi 150,000 keping. Cleopatra Stratan merupakan anak kepada Pavel Stratan yang juga seorang penyanyi rap.

Antara lagu-lagu yang popular dan digilai komuniti youtube adalah Ghita dan Mos Craciun. Aksi bersahaja dia dalam video klip berjaya menambat ramai orang untuk terus meminati Cleopatra. Amat jarang seorang kanak-kanak kecil mempunyai bakat yang baik, dan Cleopatra merupakan aset yang bernilai dalam industri muzik.

Tags: , ,

Lee Chong Wei Mara Ke Final Olimpik Badminton

August 15th, 2008 | 2 Comments | Posted in personal

Lee Chong Wei merupakan satu-satunya atlet negara yang berjaya mara ke final setelah menewaskan Lee-Hyun Ill dalam acara badminton perseorangan. Jikalau beliau menang, maka Malaysia mungkin berjaya membawa pulang pingat emas buat pertama kali dalam sejarah, dan Lee Chong Wei akan mendapat 1 juta. Inilah baru wira Malaysia, bukan setakat di pentas One In A Million sahaja.

Namun, kegembiraan ke final tidak harus ditunjukkan sangat kerana tujuan utama kita adalah merangkul emas. Bukan bersikap pesimis, mengambil contoh betapa kecewanya peminat Malaysia terhadap pemain bola Malaysia ketika final piala Tiger dahulu, aku berharap kali ini kita tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap Chong Wei. Lawan beliau adalah Lin Dan, pemain utama dunia, namun kita harus memberikan sokongan yang padu buat beliau, tetap bangga dengan Chong Wei andai kata beliau hanya berjaya membawa pulang perak.

Tags: , ,