I’m Not Single But Available
Sudah kalian menonton cerita I’m Not Single lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani? Cerita ringan yang sesuai ditonton pasangan yang bercinta seperti aku. haha Sebenarnya, bukan kehendak aku pun, namun kehadiran Lisa Surihani yang berjaya menarik minat aku menonton filem tersebut. Dia bagaikan ‘Pussy Magnet’ bak kata Borat.
Seperti MohdIsmail yang begitu kemaruk terhadap Lisa Surihani, aku juga boleh dikatakan berminat dengan dia. Pertama kali aku menonton dia di tv adalah ketika iklan bedak apa ntah, yang mamat naik basikal then ternampak dia lalu jatuh. Kemudian, aku menonton setiap drama lakonan dia, ah Lisa Surihani!
Bentuk wajahnya mengingatkan aku pada seorang kakak yang bernama Nurul Dayana. Waktu aku bersekolah dahulu, aku mengalami crush terhadapnya. Dia sangat baik, kelasnya berada betul-betul ditingkat atas, hampir setiap hari kami akan duduk ditangga berbual-bual mengenai pelajaran (itu je point yang paling best time sekolah pun).
Selepas aku menamatkan PMR, aku ditawarkan masuk ke Sekolah Alam Shah dan sejak itu aku tidak menemui dia sampai sekarang. Namun, pada awal-awal perpindahan, hampir setiap hari aku akan bergayut dengan dia. Tapi kami terputus hubungan apabila dia menyambung pelajarannya ke UTP. Agak sadis sebenarnya. haha
Walau apa pun, aku amat menyukai babak terakhir dimana Lisa Surihani duduk bersama Farid Kamil menonton television. Ketika itu dia menunjukkan skil horny2 kepada Farid Kamil, oh demn it!!!Kalau nak tau, pergilah menonton filem I’m not single di pawagam.
Related Posts- Koleksi Gambar Lisa Surihani...
- Sepi The Movie...
- Apa Kata Budak Yang Lahir Tahun 80-an?...
- Best Betul Register MUET...
- Kes Anwar Meliwat, Mana Videonya?...


