Jumpa Saya Di Cyber
Rabu ini, aku dan Adi akan mengalami perubahan paling besar dalam hidup kami. Kami telah dipanggil untuk menghadiri final evaluation bagi mendapatkan geran berjumlah Rm 150,000. Jumlah itu besar kepada bakal graduan seperti kami untuk memulakan bisnes sendiri, dan bukanlah mustahil untuk mendapatkan geran tersebut kerana ada rakan kami telah pun berjaya mendapatkan nilai tersebut.
Masing-masing sudah terbayangkan duit yang bakal diterima akan digunakan untuk tujuan pembangunan dan juga bisnes. Ada beberapa barang yang berada dalam wishlist kami seperti laptop Dell Studio, rack server, kereta civic dan mazda rx8 (oh sudah melampau). Diharapkan hasil presentation kami pada Rabu ini berjaya mempengaruhi juri-juri untuk berkatakan “Ya, anda berjaya”.
Sepanjang hari ini, aku menghadiri meeting bersama bos enveluv.com untuk berkongsi sebarang idea perniagaan dan pengiklanan. Setelah itu, aku bergegas masuk ke pejabat di KLCC dan memberikan informasi hasil perbincangan kami kepada Adi.
Kami menyiapkan presentation slide, sehingga pukul 5 aku bergegas balik kerana otak ini sudah berasa sangat penat, meninggalkan Adi keseorangan..haha
Related Posts
