Hi there, I'm hafreze. Currently I am studying at MMU Cyber majoring in Electronic Commerce at Gamma Level. This is my personal blog, don't abuse it. I am a freelancer for Web Development, Business Minded and Internet Marketers. Further info at Read more..

Viewing 'personal' Category

Hilang Berganti

Siapakah pemilik kasut ini?

Siapakah pemilik kasut ini?

Aku berlari terkedek-kedek mengejar si dia yang berada di Tau Cafe, tersenyum dia bila melihat aku yang memakai kemeja hitam serta tie silver, kacak agaknya! Presentation sebentar tadi boleh dikatakan amat berjaya, pensyarah juga menyukai props yang kami gunakan iaitu pemadam api (fire extinguisher). Aku teruja menceritakan kisah presentation tadi kepada si dia, hanya senyuman sahaja yang dilemparkan kepada aku.

Mempunyai seorang teman istimewa disaat aku hampir memasuki dunia final year amat bererti bagi aku.  Setiap hari,  aku berasa sangat teruja untuk meneruskan kerja dan pelajaran kerana memikirkan si dia yang sentiasa memberikan sokongan kepada aku. Kalian mungkin berasa jelak atau geli dengan kenyataan aku ni, tapi beb tak rasa tak tau lagi!!

Untuk pengetahuan kalian, aku tidak pernah keluar berdua-duaan dengan si dia sepanjang perhubungan ini, berlainan dengan bekas pasangan sebelum ini. Si dia pandai menjaga diri membuatkan aku kagum dengan prinsipnya itu. Aku hormati pendiriannya, seperti kata mama aku, memilih pasangan hidup dengan melihat agamanya, percayalah kita akan bahagia sampai bila-bila.

Aku akui diri ini tidaklah baik, malah kehidupan aku yang lepas sangat sosial. Si dia mengetahui aktiviti sosial aku, namun dia masih menerima diri ini kerana percaya aku boleh berubah. Andai kata dia ingin aku berubah, percayalah aku akan berubah untuk dirinya.

Aha, dia mengetahui aku sering bercakap mengenainya di blog ini. Ini sebagai bukti bahawa aku amat menghargai kehadiran dia dengan merekodkan kisah kami didalam blog ini. Aku tidak segan untuk berkongsi cerita dengan kalian kerana perkara yang bahagia tidak harus disorokkan.

MMU Sport Carnival 2008

gambar kredit kepada en.aqim

Penat sungguh melihat mereka, dan mereka yang sedang bermain pelbagai acara sukan yang dianjurkan oleh SRC. Bukan hanya sukan tersebut disertai oleh pelajar MMU, malah kanak-kanak kecil dari rumah anak yatim, pelajar Sekolah Seri Puteri (ehem) dan yang lain turut memeriahkan sport carnival pada tahun ini.

Kemeriahan dapat dirasai sekitar pukul 1 tengah hari, dimana kumpulan anak-anak yatim begitu riang bermain sukaneka di bangunan FIT. Aku berasa seronok merakamkan aksi gelak tawa mereka dengan menggunakan kamera dslr milik En. Hakim. Namun, hanya sebentar sahaja aku dapat berlagak sebagai seorang pelajar FCM kerana tidak lama kemudian kamera utama En. Hakim sudah kehabisan memory, lalu beliau merampas memori kad aku. Ahakz!

Kehadiran aku disitu amat bermakna kerana ditemani si dia yang melakukan tugas sebagai komiti sport carnival. Si dia juga menyatakan bahawa kedua ibu bapanya baru sahaja melawat beliau, dan mereka bertanyakan mengenai aku. Namun, atas kesibukan aku tiada rezekilah nampaknya, tidak mengapa kerana masih ada lagi peluang. Aku suka melihat si dia melayan kerenah kanak-kanak kecil yang begitu manja dengannya. Kebetulan, ofis untuk startup company terletak di tempat yang sama, maka tidak salah rasanya aku mengunjungi pejabat, oh kosong rupanya. Oh ya, tadi Nell juga mengunjungi kami disitu setelah menghadiri kursus kahwin anjuran IU. Happy erk ko!

Lebih kurang pukul 3.30 petang, rakan serumah menelefon aku untuk pulang ke Dengkil. Ingin saja aku menemani si dia sampai habis semua acara, tapi siapa pula yang hendak menjemput aku kan. Lalu, aku memberikan ucapan tinggal kepada si dia dan tersenyum sahaja sepanjang berada dalam kereta.

Cak, Bang Bang Boom!

cak.jpg

Tergelak-gelak aku menonton siri Bang Bang Boom pada sabtu lepas, kreatif sungguh idea mereka untuk mengenakan orang lain. Rasa seronok bila cuti semester bermula, dan amat sedih bila ia hampir ke penamat. Sekarang, aku sudah berada di pertengahan trimester 3 tahun Gamma. Masa berlalu dengan amat pantas, sedar tidak sedar aku akan memasuki alam praktikal.

Kemungkinan, aku akan membuat praktikal di HQ Petronas, KLCC. Entah dimana mereka itu mahu menyumbat aku, katakanlah tidak pada IT department. Kalau boleh, aku mahu disumbatkan di bilik CEO atau Managing Director, boleh tak?

Sebentar tadi, aku mendapat panggilan dari TheStar yang ingin menemuramah kami mengenai kejayaan tempoh hari. Sesi bergambar juga diadakan agar kami kelihatan lebih kacak di muka akhbar tersebut. Kami juga mendapat jemputan untuk memberi talk di MMU Melaka, aku rasa banyak buat lawak bangang sahaja dari memberi info. Haha

Oh ya, aku baru sahaja menjumpai kenalan wanita yang baru. Ingin tahu siapa orangnya? Rahsia laa! Tapi aku berharap agar hubungan ini dikuatkan selama-lamanya. Insyallah.

Bahagianya!

k.jpg

Aku tertarik dengan post MohdIsmail mengenai kebahagiaan, dimana beliau menyatakan sesuatu yang amat menarik untuk dikongsi bersama.

Oh ya. Aku selalu mendengar istilah si A bahagia melihat bekas kekasih’nya si B dengan orang lain — kerana kebahagian si B adalah kebahagian si A juga. Bullshit! Itu nama’nya menyedapkan hati sendiri & masih mahu menjadi seorang yang konon’nya masih sweet. Hidup mesti terus kawan. Cari kebahagian sendiri, itu lebih baik dari mengaku kebahagian orang adalah kebahagian kau juga.

Aku setuju dengan kata-katanya yang sangat sinis dan pedas. Usah kita pedulikan bekas kekasih kita dengan apa sahaja yang dia ingin lakukan. Pentingkan kebahagiaan sendiri dahulu sebelum memberikan orang lain kebahagiaan.

Aku merasa jelak bila bekas kekasih ini cuba untuk menunjukkan kehadiran mereka dengan menyalahgunakan fungsi ‘view my profile’. Apalagi yang mereka inginkan kerana segalanya pun sudah berakhir, tidak perlu rasanya untuk mereka terus mengambil tahu mengenai kita. Bayangkan, bila gadis yang pernah menghina kalian, yang mahu kembali kepada bekas kekasih mereka itu, yang menganggap kalian sebagai kekasih separa waktu, adakah kalian mahu melihat mereka bahagia?

Berbalik pada soal happiness, perkara ini adalah subjektif, dimana ada orang bahagia dengan mempunyai wang yang banyak, ada yang bahagia bila diri ini diserahkan kepada tuhan, malah ada yang bahagia dengan memasak sepanjang masa. Tapi untuk bahagia bila melihat bekas kekasih dengan orang lain, bak kata MohdIsmail, itu memang BullShit!

foto kredit kepada : orangeacid

Sweet Couple - Mahathir and His Wife

14871078.jpg

 

gatalhr4.jpg

 

untitled-1.jpg

credit to : asscrewz

Copyright © 2008 - hafreze.com
Theme by nEUtrOniCs and powered by WordPress.