Rabu lepas, aku bersama dengan 3 orang teman bergerak ke bangunan Astro yang terletak di sekitar Bukit Jalil untuk program Macam-Macam Aznil. Untuk pengetahuan kalian, ini adalah kali pertama untuk diri aku menjejakkan kaki di studio, dan aku sangat kagum dengan kecanggihan set mereka, banyak sungguh lampu-lampu besar.
Ha, mengapakah tergeraknya hati aku untuk membenarkan diri ini dirakam oleh lensa-lensa kamera tersebut? Hal ini disebabkan sudah menjadi lumrah bagi diri aku untuk melupakan apa sahaja perkara buruk yang berlaku tempoh hari dengan melakukan aktiviti yang enjoy.

Sudah menjadi trademark untuk Macam-Macam Aznil agar melambaikan tangan setiap kali Aznil menyebut kata-kata keramat beliau. Oh, aku baru tahu mengenainya! Dan aku sudah hampir lumpuh tangan ini kerana terpaksa bertepuk tangan, dan juga membuat lambaian tersebut.
Kami juga diberikan bantal agar membaling mana-mana artis yang tidak membuat persembahan dengan baik. Ha, mungkin kalian tidak menyangka bahawa pada hari tersebut Macam-Macam Aznil menjemput Faizal Tahir dan Lisdawati. (Oh Salmi, I dah jumpa dia depan mata, jangan jeles ok!)
Faizal Tahir seperti biasa memakai baju serta buckle lagak seorang Superman, dan tidak lupa sepasang jaket. Kalian cuba teka, apakah yang bakal dibuat oleh Faizal Tahir? Seperti yang dijangkakan, ketika sesi berjoget bersama penonton, Faizal Tahir telah membuka jaket beliau dan memusingkannya lagak seorang penari Tiger Dance. Haha, kau memang begitu ke Faizal?
Lisdawati dengan badan yang sarat mengandung kelihatan sangat cantik dan anggun. Walaupun berbadan dua, beliau kelihatan sporting dan melayan peminat dengan baik. Terus terang aku katakan aku terpegun melihat wajahnya di depan mata aku.
Aznil pula sangat pandai berlawak, sesuai dengan title dia sebagai pengacara no 1 Malaysia. Beliau pandai mengenekan seseorang dengan lawak yang sinis, namun tidak sampai keterlaluan. Kulit beliau juga sangat bersih, seperti disuntik vitamin C, kamu perempuan memang akan rasa tercabar melihat kecantikkan kulitnya. Ayuh perempuan, sedarkan diri kamu sebelum terlambat!
P/s: tiada gambar ketika pengambaran kerana diharamkan oleh pihak pengurusan.
Tags: faizal tahir, lisdawati, Macam-macam Aznil

