Trailer Filem Histeria Lakonan Scha, Liyana Jasmay

Thursday, November 27, 2008 3:13
Posted in category event

Histeria, merupakan antara filem terbaru lakonan Scha Al-Yahya & Liyana Jasmay yang akan ditayangkan pada 18 Disember 2008. Diarahkan oleh James Lee, filem ini akan memaparkan adengan seram serta seriau bagi menghidupkan mood ketakutan kepada para penonton. Bagi menghangatkan aktiviti promosi filem Histeria, barisan pelakon seperti Liyana Jasmay, Scha, Ainul Aishah, Talya, Adiputra, Vanida Imran dan lain lain akan menemui peminat melalui beberapa siri jelajah di beberapa negeri terpilih Semenanjung Malaysia.

Antara babak menarik dalam filem ini adalah adengan cium pasangan lesbian antara Scha Al-Yahya & Reanna, dimana secara realitinya kes sebegini sering berlaku terutamanya di sekolah asrama perempuan. Aku dapat menjangkakan dengan kemunculan pelakon-pelakon yang hebat dalam filem ini, sudah tentu filem Histeria dapat memenuhkan semua kerusi di pawagam.

kredit : Sekitar Pra Tonton Filem Histeria Lakonan Liyana Jasmay, Scha, Ainul Aishah

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply