Suara Jantan Scha Al-Yahya Berhantu
Saturday, November 15, 2008 22:00Bukanlah suara jantan Scha Al-Yahya ini boleh membangkitkan rasa seriau, tapi suara inilah yang memberikan dia peluang untuk membintangi Antoo Fighter yang ditayangkan baru-baru ini. Sifatnya yang kelakian serta tidak bajet cun memberikan satu keunikan yang jarang terdapat pada artis wanita lain. Populariti Scha Al-Yahya makin meningkat sejak digosipkan bercinta dengan Fahrin Ahmad, membuatkan nama dia selalu menjadi sebutan di surat khabar dan blog hiburan.
“Sebelum mengambil saya berlakon, Azizi kata bukan kerana wajah saya terpilih, sebaliknya karakter ‘boyish’ dan suara yang ‘besar’ ini! Watak saya seorang yang gila-gila. Orang nampak saya ‘boyish’ kerana suara yang ‘besar’, tapi hakikat sebenarnya saya dikurniakan sifat kewanitaan, feminin sepenuhnya dan ’straight’! kata Scha
Scha Al-Yahya yang membintangi drama Awan Dania berkata selepas ini ada filem yang akan menyusul iaitu Histeria. Filem yang turut menampilkan Scha sebagai watak utama itu bakal menjengah pawagam mulai 18 Disember ini. Filem arahan Afdlin Shauki, Papadom pula bakal menemui peminat di layar perak sedikit masa lagi. Wah, makin bertambah rezeki Scha ya.
Kepada Scha, kalau anda membaca entri ini, sedarlah bahawa aku merupakan salah seorang kawan mu di facebook. haha
Kredit : Scha diejek miliki ’suara jantan’ (Berita Harian)



afiqah says:
December 31st, 2008 at 3:03 am
kesian kak scha kena ejek orang ckp suara kak scha macam suara jantan,tak baik tau.Kalau Allah dah bagi dia punya suara cam 2 nak buat cam mana.
DANIA says:
January 2nd, 2009 at 6:30 am
kalau bleh nk jugak jmpa kak Scha. Dah la cantik,lawa, dan mcm-mcm lg.
DANIA says:
January 2nd, 2009 at 6:32 am
Kak Scha bleh kita smbang-smbang x?
DANIA says:
January 2nd, 2009 at 6:39 am
Mmg jahat klu org cakap suara Kak Scha cam tu. Tk baik tau.Adik suka cara Kak Scha berlakon dlm crita AWAN DANIA.Mmg kena dgn jiwa Kak Scha. Maafkan adik klu apa yg adik kata smuanya tk btul atau menyakitkan hati Kak Scha. Okkk….
peminat says:
January 9th, 2009 at 11:04 pm
kak scha walaupon suara macam jantan tapi tetap pandai berlakon……saya tabik ngan kak scha
airien90 says:
May 5th, 2009 at 1:51 am
walau macamana sekalipun suara kak scha…airien tetap akan jadi peminat setia kak scha…. luv u kak scha
ieda says:
May 27th, 2009 at 7:08 pm
nede sore kak scha cam sore jantan!!! xbek tau kutok2 org len!
ieda says:
May 27th, 2009 at 7:09 pm
nede sore kak scha cm sore jantan!!!