Gambar Proton MPV Tersebar
October 11th, 2008 Posted in event
Proton MPV baru kelihatan di kawasan Batu Caves, memang sesuai untuk family. Jom kita tengok gambar Proton MPV ini!
Keghairahan penduduk Malaysia terhadap produk terbaru daripada proton, iaitu Proton MPV makin menjadi-jadi. Reka bentuk Proton MPV yang menarik menepati citarasa anak tekak rakyat Malaysia, dan aku melihat ini sebagai kejayaan Proton untuk memberikan pilihan yang terbaik buat pembeli Malaysia. Selepas berjaya dengan kaedah pemasaran Proton Saga BLM, Proton sekali lagi menggunakan taktik yang sama untuk wujudkan hype di kalangan penduduk Malaysia, nah gambar Proton MPV Pertama untuk tatapan kalian.



October 20th, 2008 at 12:51 am
cantik !
October 23rd, 2008 at 10:40 pm
WOOOO……. BEST GILER…..SATU PERKEMBANGAN YANG MEMBERANGSANGKAN BUAT PROTON SELEPAS PROTON SAGA DILAHIRKAN SEMULA.-KEMAS,SELESA,BERKUALITI DAN MEMILIKI DAYA TARIKAN YANG UNGGUL.SAYA PERCAYA PROTON BOLEH MENEMBUSI PASARAN TEMPATAN SEPERTIMANA DULU LEBIH 40% DI JALAN RAYA.SEKIRANYA HARGA DAPAT MENARIK MINAT PEMBELI DAN BERPATUTAN UNTUK PENDUDUK MALAYSIA, SAYA PERCAYA PROTON PERLU MENAMBAH PEKERJA BARU UNTUK MENAMPUNG PERMINTAAN PADA TAHUN 2009 BAGI KELUARAN PERTAMA PROTON JENIS MPV INI.DAN SAYA SALAH SEORANG YANG MENANTI TEUR EMAS INI MENETAS, COMFIRM SATU UNIT UNTUK KELUARGA TERSAYANG. THANK YOU FOR YOUR COMMITMENT PROTON FUTURE CAR.SEKIRANYA MAIH BERKESEMPATAN UNTUK MENAMAKAN MPV PROTON INI, SAYA NAK NAMAKANNYA “PROTON BORNEO” SEBAGAI TARIKAN KE SELURUH DUNIA. KERANA IANYA BERKONSEPKAN LUAS,SELESA DAN BERGAYA.
October 24th, 2008 at 8:57 pm
Melihat kepada kesungguhan proton yang mahu menjadikan keluaran barunya “MPV” sebagai kereta nasional yang disegani setanding dengan kereta keluaran lain maka saya mencadangkan nama bagi kereta tersebut sebagai ” Proton Walet ” . Nama walet diambil sempena sejenis burung layang - layang yang mempunyai sifat aerial dan suka meluncur begitu juga dengan kereta keluaran terbaru ini yang membayanginya dan sesuai dengan sifatnya sebagai wira dijalan raya meluncur bergaya,mengagumkan suasana mata memandang lagi mempesona. Selain itu namanya memberi kesan yang mendalam kepada semua lapisan masyarakat yang berbilang kaum dinegara ini atau di peringkat global yang tahu ” Sarang walet ” mempunyai harga yang tinggi, juga bermanfaat bagi dunia kesehatan. Sesuai dengan kelahiranya dalam bidang industri kereta nasional sudah pasti akan memberi kepuasan, keselesaan serta memberi impak paling maksima iaitu ” MPV” PROTON WALET.
October 24th, 2008 at 11:20 pm
untuk proton MPV ni proton tak teriam nama binatang… dalam syarat2 penyertaannya ada bagi tau… anyway tempoh peraduan pun dah tamat. :D
October 29th, 2008 at 11:37 pm
Well done and congratulation!!!!!! Itulah yang dapat saya katakan buat Proton.Kesungguhan anda dalam menghasilkan kenderaan yang benar2 menepati citarasa rakyat Malaysia amat menggagumkan selepas saya melihat foto model MPV pertama Malaysia ini.Tambahan lagi sejak pemerintahan dan pengurusan diambil alih oleh orang baru yang berpengalaman. Tahniah CEO Proton,anda telah bekerja keras untuk memulihkan dan menaikkan kembali nama Proton agar keyakinan rakyat Malaysia terhadap Proton pulih dan ini telah terbukti selepas pelancaran model Persona dan Saga BLM. Untuk pengetahuan anda, saya merupakan peminat yang setia terhadap Proton kerana Proton Saga model pertama lahir sama pada tahun kelahiran saya dan apa2 jua perkembangan tentang jatuh bangun Proton,saya cukup ambil berat. Saya harap Proton dapat berdiri gah setanding dengan jenama lain samada dari Jepun,Korea maupun US. Dan disini saya ingin mencadangkan kepada proton agar berganding bahu dengan syarikat petroleum negara, Petronas dalam pembuatan enjin. Ini kerana, dengan kemampuan Proton menghasilkan enjin Campro, jika digabungkan kemahiran itu dengan Petronas yang terkenal dengan penglibatannya secara langsung dalam sukan permotoran F1, saya pasti, Proton dapat menghasilkan enjin yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia sebagaimana kami berbangga dengan kewujudan Enjin Campro. Tahniah Proton,do your best,to be the best, saya menyokong anda dengan sokongan yang tulus ikhlas…:)
October 30th, 2008 at 1:03 am
ok…very nice tgk pada fhoto..sesuai la saya bawa nanti..moga impian saya tercapai untuk milikinya..bentuk yang elegent daripada nissan livina.bila lagi proton nak perjuangkan model nya..saya tetap tunggu kenapala lama sangat sampai 2009…??hebat proton!!!agak2nya berapa harga dipasaran nanti,kalau dalam 80k kebawah okla boleh beli…