Buka Puasa Di Novotel
Memang hobi aku buka puasa dekat hotel, kata pun orang kaya (pelempang untuk diri sendiri). Ha, minggu lepas aku menghadiri majlis buka puasa untuk Busines Relationship Management Department (BRM) di Novotel, Kuala Lumpur. Seramai lebih dari 20 orang yang kelaparan bermogok lapar dari KLCC ke Novotel untuk tujuan berbuka puasa, salah seorangnya adalah aku.
Sudah semestinya, aktiviti berbuka puasa adalah makan. Maka, haruslah aku hidangkan gambar makanan pada kalian. Dan sebagai seorang blogger yang bertauliah, camworing adalah aktiviti wajib sebagai bahan entri. Pelbagai jenis hidangan disediakan, dan tema utk buka puasa adalah makanan Chinese Muslim. Mula-mula kami agak confuse, lounge ini kelihatan seperti tempat Turki atau Mongolian. Ah persetankan, kita makan dulu.
Ini adalah dim sum goreng, terdapat juga yang dikukus kan. Ha, buaya lapar sudah sampai target terus ke dim sum.
FYI, 3 ketul dim sum berharga Rm4.00 di luar, malam itu aku makan berbakul-bakul, tak perlu bayar sesen pun. Happy betul!
Ini antara sushi king yang berjaya dilangsaikan oleh perut aku, tapi entah mengapa agak tidak berselera berbuka puasa dengan sushi. Memang dah dasar melayu, nasi harus dicari!
Haa, nasi rempah berlauk daging menjadi hidangan utama. Barulah aku boleh katakan diri ini mengalami kekeyangan tahap ular sawa. Dan sebagai seorang lelaki yang kuat bersosial, aktiviti selepas makan harus diiringi dengan aktiviti….
Ah, merokok membahayakan kesihatan.
Kemudian, kami telah dipanggil untuk menyambut hari jadi bos yang ke berapa entah. Adalah nyanyi lagu happy birthday, aktiviti memberi hadiah dan camwhoring.
Seronok pula bos aku potong kek tu, aku kat belakang memang tak tengok apa dah. Tengok kek coklat je, pelahap betul!
Ajay Singh ( dia buat-buat puasa) dan Adi Macbath berposing untuk majalah mangga edisi terbaru. Sajalah aku capapkan gambar kau kang kau kata aku tak ingat member.
Dah kenyang, harus lah aku berambus dengan secepat mungkin. Mana tau nak kene basuh pinggan ke, mop lantai ke, tak kuasa aku! Peace from Hafreze
Nah muka awek kat ofis aku, kalian kan bosan tengok gambar jantan je. Sori, dia bini orang!








