| Subcribe via RSS

Hari Raya Puasa 2008

September 5th, 2008 Posted in personal

Baru 5 hari kita menunaikan ibadah puasa, namun sudah kedengaran lagu-lagu raya dipasang bukan sahaja di radio, malah di pasar raya, kebun getah dan ofis aku. Agak sedih juga puasa tahun ini kerana ini merupakan tahun terakhir aku akan berpuasa sebagai pelajar MMU. Mungkin tiada lagi kedengaran suara housemate yang menjerit untuk bersahur dan buka puasa.

Program internship aku di iperintis akan berakhir pada akhir bulan ini, lega juga kerana berjaya melengkapkan semester ini. Sekarang aku sedang membuat migration database dari lotus notes kepada sharepoint. Sangatlah merumitkan, dan ini membuatkan aku terfikir sejak bila aku dilahirkan sebagai seorang programmer, walhal selama pengajian aku di MMU, aku hanyalah pelajar bisnes.

Terus terang aku katakan bahawa aku tidak mempunyai minat terhadap programming, atau apa sahaja yang berkaitan dengannya. Aku lebih berminat membuat internet marketing, dimana aku boleh melihat nilai simpanan makin meningkat, berbanding melihat coding yang entah apa-apa.

Namun apa lah boleh aku buat kerana sebagai pelajar praktikal, aku hanya menerima arahan. Walaupun tidak cenderung ke arah programming, namun dipaksakan juga agar lebih berminat.

Kala ini, aku hanya mempunyai 12 subjek yang perlu diselesaikan sebelum menggengam ijazah. Semester depan aku berhasrat untuk mengambil 5 subjek (macam boleh!), subjek ringan sudey..

hebat ni..

Aku perlu memikirkan tajuk final year project, bagaimana menghasilkan CMS untuk porno?..haha

Ya, baru semalam aku mencuba web browser baru, google chrome yang sangat laju dan mengkagumkan. Setakat ini aku tidak mengalami apa-apa crash, pelik juga ada rakan-rakan yang sudah terkandas ketika menggunakan chrome. Well, macam tak paham pula kan…

  1. Hantar Kad Hari Raya Percuma Ke Rumah...
  2. Buka Puasa Di Novotel...
  3. Servis Kereta Sempena Hari Raya 2008 - Cartoon Strip...
  4. UITM Perlu Berfikir Lebih Jauh Ke Hadapan...
  5. Mari Meriahkan Sambutan Hari Raya 2007...

One Response to “Hari Raya Puasa 2008”

  1. nieja Says:

    my osmet b4 puasa mereka dah start2 psng lagu raya
    adeiii.. bile la nak abis puase ni..akekeek


Leave a Reply