Lee Chong Wei Mara Ke Final Olimpik Badminton
Lee Chong Wei merupakan satu-satunya atlet negara yang berjaya mara ke final setelah menewaskan Lee-Hyun Ill dalam acara badminton perseorangan. Jikalau beliau menang, maka Malaysia mungkin berjaya membawa pulang pingat emas buat pertama kali dalam sejarah, dan Lee Chong Wei akan mendapat 1 juta. Inilah baru wira Malaysia, bukan setakat di pentas One In A Million sahaja.
Namun, kegembiraan ke final tidak harus ditunjukkan sangat kerana tujuan utama kita adalah merangkul emas. Bukan bersikap pesimis, mengambil contoh betapa kecewanya peminat Malaysia terhadap pemain bola Malaysia ketika final piala Tiger dahulu, aku berharap kali ini kita tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap Chong Wei. Lawan beliau adalah Lin Dan, pemain utama dunia, namun kita harus memberikan sokongan yang padu buat beliau, tetap bangga dengan Chong Wei andai kata beliau hanya berjaya membawa pulang perak.
August 16th, 2008 at 2:09 am
bulu tangkis ade 16..
pe2 leh jadi..
September 1st, 2008 at 10:40 pm
Hi, Chong Wei I’m happy can talk to you.
Are you have hen da de ya li.
Please reply me.
TQ