UITM Perlu Berfikir Lebih Jauh Ke Hadapan
Wednesday, August 13, 2008 2:52Sibuk isu baru-baru ini yang mempersoalkan kenyataan Menteri Besar Selangor mengenai kemasukkan 10% bukan bumiputera ke UITM. Ibu bapa aku merupakan bekas penuntut UITM (dahulu dikenali sebagai ITM), memang tidak dinafikan ITM banyak melahirkan golongan profesional di kalangan melayu. 20 tahun dahulu, ITM memang dikenali dengan kualiti pembelajaran mereka, dengan itu mengeluarkan ramai golongan bijak pandai dalam industri perbankan, pembuatan dan sebagainya.
Namun, bila difikirkan pada masa kini, adakah masih relevan metodologi yang dipakai UITM dalam dunia yang serba kompetitif? Lambakan universiti dan kolej yang menawarkan kursus-kursus yang mengikuti peraliran zaman, dan membuatkan kedudukan UITM makin terpencil. Persaingan ada dimana-mana sahaja, tapi perlu diingatkan persaingan bukan hanya datang dari kalangan bumiputera, ia juga datang dari kalangan bukan bumiputera. Cadangan Menteri Besar Selangor perlu dipandang dari sudut yang positif, dimana kemasukkan 10% bukan bumiputera akan dapat meningkatkan ketahanan pelajar untuk menghadapi dunia luar yang sangat mencabar.
Pelajar UITM perlu berpijak di dunia yang nyata, bahawa konglomerat yang besar dan kaya ini hanya mengambil pekerja yang berkualiti tinggi, yang dapat menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan, dan dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum dengan lebih berkesan. Namun tidak dinafikan pelajar UITM juga boleh dikatakan tinggi demandnya, sila rujuk rajah dibawah. Nasib baiklah mereka menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.

Lantas, aku berfikir untuk kebaikkan kaum bumiputera juga, kita perlulah berfikir jauh kehadapan, usah takut dengan kemasukkan 10% bukan bumiputera, kerana berjayanya kalian menghadapi cabaran tersebut, bermaksud UITM berjaya melahirkan kaum Melayu yang lebih berkualiti. Fikir-fikirkan lah..
Afham says:
August 13th, 2008 at 6:42 pm
yup..
pendapat kite same bro..
anak mara says:
August 13th, 2008 at 8:18 pm
walaupun dikatakan cadangan menteri besar selangor tu bagus hakikat nya tak bagus langsung ini menunjukkan pakatan rakyat merupakan pakatan yang tak tahu perlembagaan negara
rap says:
August 15th, 2008 at 3:38 am
saya setuju dengan pandangan ini. saya guru… dan kemasukan 10% tak mengancam apa yang pemimpin BN takutkan iaitu keistimcewaan melayu…
mizie says:
August 19th, 2008 at 6:36 pm
betol cakap ekau, diorang nie taunye fikir negatif aje cakap m.b. selangor, bukan 100% yang dimasukkan cume 10% aje, ada pesaingan barulah mencabar.. en. hafreze, boleh saya tahu, macammana en. boleh buat domain sendiri http://www.hafreze.com, saya nak taulah, sebab semua domain yang saya cari dalam komputer adalah berbayar, yang free xder ke?? boleh tolong… balas jawapannya kat e-mail saya yer.. en.mizie@gmail.com.
Gambar Puteri Sarah Berciuman | hafreze.com says:
August 22nd, 2008 at 5:21 am
[...] UITM Perlu Berfikir Lebih Jauh Ke Hadapan [...]
wan chel says:
September 1st, 2008 at 2:46 pm
aku sokong bro tp masalahnya, perkara ni diwujudkan adalah kerna unsur politik. Gimik dieorang jer. Lagi satu, Malaysia ni kan negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Kenapa kebebasan bersuara tidak diamalkan? Kenapa hak-hak student dinafikan? tiada kebebasan bersuara. Hapuskan AUKU…hehehe