Mereka, sangat pandai membuat tuduhan meliwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaikan menyambut ulang tahun ke-10 penahanan DSAI atas tuduhan yang sama. Aku sudah semakin jelak untuk menonton TV3 dan membaca Utusan Malaysia kerana banyak info telah diputarbelikan oleh mereka dan mereka. Setiap kali aku melihat paparan berita mengenai DSAI, akan segera aku menutup television atau helaian akhbar.
Walaupun tuduhan tersebut masih berada dalam siasatan, namun kita sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun amat menjangkakan konspirasi yang bakal dimainkan oleh orang-orang dalaman. Iyalah, populariti DSAI semakin memuncak terutamanya selepas kemenangan besar Barisan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas.
Kasihan aku melihat DSAI, tatkala aku menonton ceramah beliau di Shah Alam baru-baru ini, DSAI kelihatan amat marah terhadap tuduhan yang tiada bukti itu. Sungguh bijak mereka-mereka itu mengalihkan perhatian kita dari isu kenaikkan harga minyak ke tuduhan meliwat, namun orang yang bijak seperti aku tidak akan mudah terpedaya dengan konspirasi tersebut.
Aku pernah membincangkan isu Barisan Rakyat dan BN dengan aunty aku, rata-rata golongan 40-an keatas boleh dikatakan agak pro-kerajaan. Mereka agak risau jikalau Barisan Rakyat memerintah, adakah hak orang melayu masih dijaga? Lalu aku menanyakan soalan kepada mereka, apakah hak yang paling istimewa pernah mereka dapati sepanjang hidup mereka 40 tahun. Jawapannya, harga minyak naik!
Satu persoalan untuk kalian, jikalau betul tuduhan liwat Anwar Ibrahim, mana videonya? Tunjukkan kepada rakyat Malaysia sepertimana tersebarnya video Chua Soi Lek, jangan memperbodohkan rakyat Malaysia lagi.
Tags: anwar ibrahim, barisan rakyat, bn, harga minyak naik, liwat
By Mr Final on Jul 11, 2008
yup.. setujus.. bosan ngan media yg menipu
By farahaznil on Jul 12, 2008
weyh pg beli wasilah..harakah la…hehehehe..biasa la tu..smpi bila2 pun benda ni takkan abis..kununnya bila anwar naik..nanti bangsa asing pun naik kat negara nih..apa boleh buat..tp kan3..ahhaha..cuba kasi can kat dia memerintah skali..bdk saiful tu kita sepak kan je..bengong punya budak..
By Jangomasaloday on Aug 3, 2008
A’kum..
Aku bukan nak masuk belah mana-mana tapi Anwar Ibrahim aku dah kenal terlalu lama dan banyak merosakkan akhlak bangsa dan agama dia sendiri. Aku dok tak jauh dari rumah dia dan kenal sangat dgn kaum keluarga dia, keturunan dia, asal usul dia. Sejarah adik beradik dia cukup jijik dan memalukan. Bukan aku nak tuduh tapi realiti yang ada pada kaum keluarga dan yang paling teruk dalam keluarga adalah Anwar. Segala macam mak nenek perangi yang tak elok ada pada dia nie.
Sejarah yang benar-benar terjadi kepada aku serta hampir 300 orang penyokong setia dia. Sokongan tidak berbelah bagi disebabkan oleh orang kampong menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan satu masa dulu sekitar tahun 1997. Kami dijemput utk berjumpa dgn Anwar di Hotel Equitorial, Penang.
bersambung……
Kalau Allah Swt. mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, dari dulu lagi dah dimakbulkan impian dia kerana dah menjadi TPM dan hampir sangat. Semasa Anwar dituduh meliwat dan rasuah JEREBU satu Malaysia, semua kena pakai tutup mulut. “HANG PIKIARLAH SENDIRI”
By rap on Aug 15, 2008
jango,jango… jerebu kerana bala tuduh anwar ke sebab nimmat dapat tuduh anwar??? hang pikir sendiri… pasal kelaurga anwar tanya orang kampung sendiri le… aku dengan yang disebalik hang cerita ni… aku boleh fikir sendiri hang tak payah nak cerita kebrukan dia kot ada pun
By andez on Aug 23, 2008
psl apa DSAI tak mau bersumpah klu dia bersih, apa nak takut bersumpah saja lah bukan sampai 1 hari, sat saja…..