Hi there, I'm hafreze. Currently I am studying at MMU Cyber majoring in Electronic Commerce at Gamma Level. This is my personal blog, don't abuse it. I am a freelancer for Web Development, Business Minded and Internet Marketers. Further info at Read more..

Perasaan Ketika Harga Minyak Naik

Merujuk perkara diatas, aku berasa sangat seronok apabila harga minyak dinaikkan sebanyak 78 sen dari RM1.92. Ini berjaya membuktikan keberkesanan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam menjaga kebajikan masyarakat Malaysia. Subsidi yang selama ini dinikmati oleh semua rakyat Malaysia ditarik dengan alasan subsidi tersebut juga digunakan oleh rakyat SIngapura dan Thailand. Walaupun kita akan menerima rebat sebanyak RM 625, namun jumlah penggunaan minyak secara logiknya lebih tinggi dari nilai tersebut.

Bayangkan Rm625 / 365 = Rm1.71, disini kita dapat membuktikan rakyat malaysia yang berbilang kaum hanya dapat menikmati subsidi bernilai Rm1.71 sehari, jumlah yang sangat jauh untuk mendapatkan sepinggan nasi ayam. Kerana minyak merupakan complement terhadap barangan lain, kesan kenaikkan harga ini membolehkan harga makanan dinaikkan, kadar tol, elektrik, dan lain-lain. Disamping jumlah gaji masih berada ditakuk lama, disposable income seseorang mula berkurangan, dan ini membuatkan rakyat Malaysia berjimat cermat. Apabila duit mula disimpan, maka demand untuk barangan akan berkurang, lalu menyebabkan supply juga akan berkurang. Ironi sekali, apabila supply mula berkurang, maka perniagaan tidak dapat berjalan dan berlakulah operasi pecat-memecat, VSS dan sebagainya.

Apabila perkara ini berlaku, maka keluarga akan menjadi mangsa, kadar kemiskinan bertambah dan jumlah manusia yang bakal dibunuh along juga bertambah. Bijak sungguh kerajaan kita ini selaras dengan laungan modal insan.

Pada pendapat aku, kenaikkan minyak memang sudah dijangkakan, namun kenaikkan 78 sen bagi setiap liter padu bagaikan menjerut leher rakyat Malaysia. Sepatutnya, kenaikkan harga perlu dilakukan secara phase by phase agar kita dapat bersedia terlebih dahulu. Mungkin ‘orang itu malas’ berfikir agaknya, lebih suka tidur di perhimpunan UMNO dari memikirkan kesengsaraan rakyat sendiri.

Sekian.

Tags:

Sorry, comments for this entry are closed at this time.

Copyright © 2008 - hafreze.com
Theme by nEUtrOniCs and powered by WordPress.