Sepi The Movie

Hanya satu perkara yang dapat aku katakan mengenai filem Sepi ini, memang menyentuh jiwa. Sudah lama sebenarnya kami menantikan kemunculan filem ini, dan malam tadi aku menonton filem ini bersama dengan si dia di Pavilion.
FIlem ini mengisahkan 3 cerita yang berbeza, namun digabungkan pada satu babak kemalangan kereta. Cerita in sangat menyayatkan hati dimana Adam menghadapi kesepian kerana masih tidak bertemu jodoh, Sufi yang menyalahkan dirinya kerana menyebabkan kematian isterinya, serta Imaan yang masih dilanda halusinasi akan kewujudan kekasihnya.
Tambahan lagi, lagu runut yang dimainkan sangat bersesuaian dengan babak-babak yang ditayangkan. Lagu-lagu seperti Kembang Perawan, Sepi dan Hilang mewarnai filem ini dengan penuh berkesan. Selain itu, filem ini mempunyai sinematografi yang sangat menarik, bukan seperti filem tipikal melayu yang lain. Tengoklah sahaja pada pengarahnya, yang telah pun berjaya merangkul beberapa trofi untuk filem Cinta dahulu.
Perkara yang paling menarik perhatian aku adalah suara yang mengiringi trailer filem Sepi ini, baru aku tahu vocalizing ini dialunkan oleh Gita Gutawa, sangat menusuk jiwa. Kepada peminat filem feeling-feeling ni, apa kata kalian pergi menonton filem Sepi ini sementara masih dipawagam.
Related Posts- I’m Not Single But Available...
- Senario The Movie : Episod 1 Review...
- Budak Jolai The Movie...
- Juliana Evans Pelakon Kami The Movie...
- Gambar Zarina An-Julie Bogel Tersebar...