Kepenatan Melampaui Batas
Setelah berjaya aku menghilangkan diri dari dunia blog lebih kurang 2 minggu, akhirnya tergerak juga hati untuk updatekan juga. Hilang bukan sebarang hilang, hilang kerana exam yang bersusun bagaikan tiada henti. Aku sedang melalui peperiksaan semester, 8 subjek termasuk muet! Hari ini, aku sudah pun menyelesaikan 4 subjek dan muet, masih ada lagi 4 subjek iaitu research methodology, advance english, macroeconomic dan managerial communication.
Untuk beberapa hari ini, aku meninggalkan Dengkil dan menginap di hostel. Memikirkan soal kekerapan peperiksaan, aku membuat kesimpulan untuk tinggal sebentar di hostel agar lebih mudah untuk bergerak ke dewan peperiksaan tanpa perlu mengerakkan enjin kereta. Oh ya, aku bakal memulakan program internship tidak lama lagi, kemungkinan pada 26/5/08. Si dia sudah pun memberi warning agar aku tidak mengatal di tempat kerja, haha.
Aku tertarik dengan satu video di youtube, menggunakan keyboard untuk membuat effect guitar. Komposisi lagunya agak menarik,tetapi berulang-ulang. Namun, daya kreativiti lelaki ini memang bernas. Gerakkan cursor anda dan lihatlah kehebatannya.
