Hi there, I'm hafreze. Currently I am studying at MMU Cyber majoring in Electronic Commerce at Gamma Level. This is my personal blog, don't abuse it. I am a freelancer for Web Development, Business Minded and Internet Marketers. Further info at Read more..

Hilang Berganti

Siapakah pemilik kasut ini?

Siapakah pemilik kasut ini?

Aku berlari terkedek-kedek mengejar si dia yang berada di Tau Cafe, tersenyum dia bila melihat aku yang memakai kemeja hitam serta tie silver, kacak agaknya! Presentation sebentar tadi boleh dikatakan amat berjaya, pensyarah juga menyukai props yang kami gunakan iaitu pemadam api (fire extinguisher). Aku teruja menceritakan kisah presentation tadi kepada si dia, hanya senyuman sahaja yang dilemparkan kepada aku.

Mempunyai seorang teman istimewa disaat aku hampir memasuki dunia final year amat bererti bagi aku.  Setiap hari,  aku berasa sangat teruja untuk meneruskan kerja dan pelajaran kerana memikirkan si dia yang sentiasa memberikan sokongan kepada aku. Kalian mungkin berasa jelak atau geli dengan kenyataan aku ni, tapi beb tak rasa tak tau lagi!!

Untuk pengetahuan kalian, aku tidak pernah keluar berdua-duaan dengan si dia sepanjang perhubungan ini, berlainan dengan bekas pasangan sebelum ini. Si dia pandai menjaga diri membuatkan aku kagum dengan prinsipnya itu. Aku hormati pendiriannya, seperti kata mama aku, memilih pasangan hidup dengan melihat agamanya, percayalah kita akan bahagia sampai bila-bila.

Aku akui diri ini tidaklah baik, malah kehidupan aku yang lepas sangat sosial. Si dia mengetahui aktiviti sosial aku, namun dia masih menerima diri ini kerana percaya aku boleh berubah. Andai kata dia ingin aku berubah, percayalah aku akan berubah untuk dirinya.

Aha, dia mengetahui aku sering bercakap mengenainya di blog ini. Ini sebagai bukti bahawa aku amat menghargai kehadiran dia dengan merekodkan kisah kami didalam blog ini. Aku tidak segan untuk berkongsi cerita dengan kalian kerana perkara yang bahagia tidak harus disorokkan.

2 Responses to “Hilang Berganti”

  • wah wah. ak turut gumbira. romantik gitu. xpe, ak paham. kegumbiraan kita kongsi bersama. tahniah pd hafreze

  • wah..
    ngah bhgia nmpak..
    hehe..xpe..
    epi2 slalo..;)

Copyright © 2008 - hafreze.com
Theme by nEUtrOniCs and powered by WordPress.