gambar kredit kepada en.aqim
Penat sungguh melihat mereka, dan mereka yang sedang bermain pelbagai acara sukan yang dianjurkan oleh SRC. Bukan hanya sukan tersebut disertai oleh pelajar MMU, malah kanak-kanak kecil dari rumah anak yatim, pelajar Sekolah Seri Puteri (ehem) dan yang lain turut memeriahkan sport carnival pada tahun ini.
Kemeriahan dapat dirasai sekitar pukul 1 tengah hari, dimana kumpulan anak-anak yatim begitu riang bermain sukaneka di bangunan FIT. Aku berasa seronok merakamkan aksi gelak tawa mereka dengan menggunakan kamera dslr milik En. Hakim. Namun, hanya sebentar sahaja aku dapat berlagak sebagai seorang pelajar FCM kerana tidak lama kemudian kamera utama En. Hakim sudah kehabisan memory, lalu beliau merampas memori kad aku. Ahakz!
Kehadiran aku disitu amat bermakna kerana ditemani si dia yang melakukan tugas sebagai komiti sport carnival. Si dia juga menyatakan bahawa kedua ibu bapanya baru sahaja melawat beliau, dan mereka bertanyakan mengenai aku. Namun, atas kesibukan aku tiada rezekilah nampaknya, tidak mengapa kerana masih ada lagi peluang. Aku suka melihat si dia melayan kerenah kanak-kanak kecil yang begitu manja dengannya. Kebetulan, ofis untuk startup company terletak di tempat yang sama, maka tidak salah rasanya aku mengunjungi pejabat, oh kosong rupanya. Oh ya, tadi Nell juga mengunjungi kami disitu setelah menghadiri kursus kahwin anjuran IU. Happy erk ko!
Lebih kurang pukul 3.30 petang, rakan serumah menelefon aku untuk pulang ke Dengkil. Ingin saja aku menemani si dia sampai habis semua acara, tapi siapa pula yang hendak menjemput aku kan. Lalu, aku memberikan ucapan tinggal kepada si dia dan tersenyum sahaja sepanjang berada dalam kereta.


By Qaiyum on Apr 6, 2008
Waa.. Lame Aku Tak Join Karnival² Sukan camni.. Bersenam Pun Dah Jarang Dah Skang. Huu.. Letih Tul..
By asma on Apr 7, 2008
hey there!
mau tnye ley?
cane nk tgk sume gmba2 mse soptrs crnival hr yuh?
thx!
By zool on Apr 10, 2008
MMU Melaka ke Cyberjaya???