Ini adalah kad nama aku hasil design tekong dari Flavert Media Lab, cantikkan?
Kelmarin, aku mendapat panggilan telefon daripada IBM Malaysia untuk menghadiri sesi temuduga yang akan berlangsung hari Isnin ini di Plaza IBM, bersebelahan dengan One Utama. Aku akan melalui satu proses iaitu Aptitude Test, dan setelah mengooglekan baru aku tahu Aptitude Test ini menguji skil logik seperti kalkulus. Baru aku teringat sudah lama tidak aku menjengahkan diri ini untuk matematik.. haha.
Oleh sebab aku sudah mendapat tawaran untuk membuat praktikal di IPerintis yang berpangkalan di KLCC, maka aku tidaklah mengharapkan sangat tempat di IBM. I- Perintis merupakan satu syarikat IT yang memberikan support kepada sistem IT Petronas. Dahulu ia merupakan satu jabatan dalam Petronas namun telah dipisahkan agar boleh membuat bisnes dengan syarikat-syarikat yang lain. Gaji yang diberikan untuk internship adalah RM500, dan terasa agak cool juga bila bekerja disitu. Bak kata Adi, it’s look sexy. (Dia pun dapat juga)
Bertempat di tingkat 22, Tower B, aku dapat membayangkan panorama seluruh KL yang dapat dinikmati di pagi hari sambil menghirup Nescafe. Oh ya, sedang aku mencari latar belakang mengenai IBM, ada satu website yang menarik perhatian aku iaitu SCAM JOB. Golongan yang sering terjatuh dalam Scam Job ini terdiri daripada para pelajar dan juga penggangur. Metodologi yang mereka pakai hampir sama, iaitu kalian perlu membayar sejumlah wang terlebih dahulu sebelum menerima tugasan.

Bernasib baiklah aku mendapat maklumat sebegini dari AsiaPartTime mengenai How To Fight Againts Scam kerana ini dapat memberikan pendedahan awal kepada kita agar tidak sama jatuh dalam aktiviti hina ini. Aku berasa kasihan kepada mereka yang terdesak untuk bekerja, niat mereka murni, tapi ditipu oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab.
Ini membuatkan aku teringat kepada MLM, seperti Luxor dan Lampe Berger. Kedua-dua syarikat ini mengamalkan MLM untuk pemasaran produk mereka, tapi kebanyakkan daripada mangsa yang terjatuh dalam MLM adalah terdiri daripada pelajar yang tidak mempunyai skil pemasaran. Mereka terasa ditipu walhal diri mereka yang bersalah kerana tidak bersungguh-sungguh membuat promosi. Untuk berjaya dalam MLM, masa dan tenaga perlu dikorban kerana kita perlu menarik orang lain untuk menjadi downline. Namun, strategi yang dipakai oleh sesetengah pelajar seperti memaksa membuatkan MLM mula dipandang sebagai aktiviti Scam. Harus aku tegaskan disini bahawa MLM bukan scam, namun bagaimana kawan-kawan kalian membuat pujuk rayu ketika mempromosikan MLM adalah scam.
Metodologi yang dipakai dalam MLM adalah sama, iaitu menunjukkan kemewahan diri sendiri atau orang lain untuk membuat kalian berasa cemburu, lalu melibatkan diri dalam MLM. Kadang-kadang aku terfikir, apakah mereka ini memang tamak atau tersangat bodoh dengan realiti dunia? You can’t gain anything if you don’t do nothing.
Aku akui, ramai orang berjaya dengan MLM, mereka memang mempunyai kesungguhan dalam bidang ini, dan mencapai hierarki yang tinggi dalam sistem MLM. Tapi, ramai juga terkandas kerana tidak memahami skil dan method terbaik untuk menjayakan program MLM ini. Ada kawan aku yang berjaya dengan Luxor, namun dia terpaksa melepaskan pelajaran kerana tidak mempunyai masa. Ini kita panggil sebagai Opportunity Cost iaitu kita mesti melepaskan sesuatu untuk mencapai sesuatu. There’s nothing in the world that we would gain everything.
Apa pendapat kalian pula?






