Hi there, I'm hafreze. Currently I am studying at MMU Cyber majoring in Electronic Commerce at Gamma Level. This is my personal blog, don't abuse it. I am a freelancer for Web Development, Business Minded and Internet Marketers. Further info at Read more..

Fast Update : Apakah Arah Tuju Aku?

Sudah makin jarang aku mengupdate blog ini, kerana masa yang amat terhad membuatkan aku hampir terlupa akan kewujudan blog ini. Namun, aku masih memasuki control panel untuk moderate beberapa komen yang tidak diingini.

Seperti tajuk entri, aku sudah memikirkan hala tuju aku, tapi tidak aku dedahkan kepada kalian kerana merasakan tidak penting. Tapi, hati ini sudah tidak tertahan-tahan untuk menaip, serta meluahkan perasaan yang kian terbuku dalam jiwa ini. Ceh!

1. Berjaya Mendapat Rakan Kongsi Ketiga

Seperti yang kalian perhatikan dalam entri terdahulu, setelah memenangi Business Idea Terbaik untuk peringkat kebangsaan, aku mula ingin merasionalkan idea tersebut kepada perniagaan yang sebenar. Proses mencari rakan kongsi yang mahir dalam bahagian pengaturcara amatlah payah. Namun, berkat usaha dan doa ibu bapa kami, kami akhirnya berjaya menarik seorang programmer yang ingin membantu kami, walaupun dibayar sedikit sahaja. Beliau merupakan pakar dalam bidang security, selalu terlibat bersama Verisign dan TrustGate. Dan, aku mengharapkan proses kami dalam menyiapkan prototaip ini dimudahkan selamanya.

2. Cradle Mahu Invest RM50,ooo

Sekarang, kami sedang menyiapkan bajet serta milestone untuk dibentangkan kepada pihak Cradle. Tidaklah berkeyakinan untuk mendapat geran daripada mereka, namun berbekalkan pengikitirafan daripada MSC, kami berharap geran bernilai RM50,000 itu diserahkan kepada idea kami. Oh, banyak tu RM50,000! Sudah mula berangan untuk memakai MacBook setiap seorang.

3. Tiada Kesudahan Bila Hidup Dikelilingi Perempuan

Sejak aku mula bergiat dalam golongan ’single and negotiable’, ramai wanita mula mendekati kembali diri ini. Bukanlah aku ini hensem sangat, tapi mungkin rezeki kot. Tapi, hati ini sudah kering untuk jatuh cinta terhadap sesiapa pun, bagi aku percintaan ini amat menyusahkan diri. Namun, mama aku pernah berkata, jikalau wanita itu daripada UPSI, beliau memperkenankan aku untuk kahwin awal! haha.

Sejak itu, aku mahukan gadis UPSI! haha

3. Dihantar Ke Singapura Untuk Asian Technopreneur Youth Leader Exchange

Baru-baru ini, ideas.connection telah dijemput sebagai wakil MMU untuk menghadiri  simposium bertaraf dunia ini di National University of Singapore. Program selama seminggu ini akan mengumpulkan pelajar dan syarikat dari negara-negara asia untuk bersidang serta bertukar idea perniagaan. MMU akan menghantar 3 orang wakil dimana segala perbelanjaan ditangguh penuh oleh mereka. Dan mungkin Chief of Finance, Adi akan dihantar bagi memenuhi jemputan tersebut. Satu pengalaman yang berharga buat ideas.connection!

 4. Tidur Itu Satu Nikmat

Aku akui bahawa waktu tidur yang tunggang-langgang membuatkan otak ini tidak dapat berfungsi dengan optimumnya. Lalu, aku mengambil inisiatif untuk tidur awal, iaitu seawal 2 pagi. Oh, jangan harap aku tidur pukul 10! Dengan mempunyai waktu tidur yang mencukupi, hidup ini lebih ceria dan cergas. Tidur juga dapat membuatkan emosi kita terkawal dan stabil. Maka, haruslah aku tidur selepas ini.

 5. Ke Genting Bersama Sahabat Handai

1_929650653l.jpg

Adi, Amin, Joe dan aku bergerak ke Genting Highland seawal 8.30 pagi untuk merehatkan minda. Dengan menaiki kereta satria kuning, kami sampai ke puncak gunung pada pukul 10.15. Udara yang segar serta berkabus membuatkan kami seakan berada di luar negara.  Kami mengambil pakej outdoor yang berharga RM28 (adalah caranya), dan puas sehingga tidak mahu keluar dari taman tema Genting. Akhirnya, kami balik dari genting pada pukul 10.30 malam. Adi mengatakan menaiki spaceshot pada waktu malam bagaikan berada di syurga, dia bagaikan mendapat hidayah apabila berada diatas. Oh, omongan sahaja!

Ya, sangat cool rasanya bila nama aku masuk The Star. Bacalah keratan akhbar ini USM, MMU earn top honours

4 Responses to “Fast Update : Apakah Arah Tuju Aku?”

  • makin femes la ko…jeles2..

  • er…hala tuju dunia akhirat?
    hehehehe…

    gempak lah..mmg salute abeh ah..congrats

  • Dihantar Ke Singapura Untuk Asian Technopreneur Youth Leader Exchange eh kalo sy nk jugak mcm mana ek?

  • By admin on Mar 18, 2008

    I’m not sure laa, pasal kiteorg dpt jemputan. But if your place based at singapore, why not try to ask National University of Singapore.

Copyright © 2008 - hafreze.com
Theme by nEUtrOniCs and powered by WordPress.