Hi there, I'm hafreze. Currently I am studying at MMU Cyber majoring in Electronic Commerce at Gamma Level. This is my personal blog, don't abuse it. I am a freelancer for Web Development, Business Minded and Internet Marketers. Further info at Read more..

Best Betul Register MUET

Minggu lepas, Adi dan aku telah membuat keputusan yang penting dalam hidup kami, iaitu mendatarkan diri untuk peperiksaan Muet, atau kami tidak akan bergelar sarjana muda untuk selama-lamanya. Lalu, di pagi selasa, aku mengharuskan diri aku mengumpul segala maklumat mengenai Muet melalui kawan-kawan yang berpengalaman.

dscn7482.JPG

Berbekalkan Rm80 serta sebuah kereta Gen2 milik aku, kami bergerak ke kawasan Putrajaya. Disebabkan aku terlupa bahawa salinan SPM perlu disertakan bersama, lalu aku pergi ke sekolah lama aku, sekolah alam shah dan meminta mama aku fax kan salinan sijil SPM ke sekolah. Dengan muka tidak malu, cikgu serta kerani pejabat dengan jayanya menjadi penolong sambilan aku, sunguh aku tak sangka selepas 4 tahun meninggalkan sekolah, mereka masih mengingati aku.Selepas mengesahkan salinan sijil SPM dan IC, pada pkl 12.45 pm kami sampai di kawasan Kementerian Pelajaran.  Adi menaiki tingkat 3 dan malangnya orang yang bertugas pada waktu itu sudah keluar lunch. Sementara aku mencari parking di kawasan yang sesak itu, Adi mengarahkan aku laksana komander ke Presint 8 untuk makan tengah hari. Adi mengatakan pejabat akan dibuka semula pada pukul 2 petang.

dscn7483.JPG

Pada pkl 2.10 pm, aku dan Adi segera bergerak ke Kementerian Pelajaran. Kami berjaya mendapat side parking yang cemerlang, dan menaiki lift ke tingkat 3. Kami menunggu orang yang bertanggungjawab untuk register muet.

“Bang, our purpose to come here is to register for Muet, so what should we now? kata aku.

“Adik berdua kena pergi Sekolah Putrajaya Presint 16 ya, semua urusan Muet sudah berpindah ke situ, ini nombor contact mereka.’ kata abang tersebut dengan penuh keyakinan.

‘Diuuuuu…@@$#$$%%^%^^&^&^KNNCB, MCCB’ kata kami dalam hati.

Lalu, kami segera bergegas ke sekolah tersebut, dan hanya ada seorang sahaja yang bertugas, kesian akak tu. Hal ini disebabkan sudah menjadi trend rakyat Malaysia untuk melakukan sesuatu pada tahap last minute. Akhirnya, kami berjaya mendaftarkan diri untuk Muet, dan harap berjaya mendapat at least band 3.

Tags:

3 Responses to “Best Betul Register MUET”

  • aku tak pasti kene amik balik ke tak…matrik dulu kan dah amik…cuak gak..skang aku dah la makin tak reti nak bercakap bi…aduhai…

  • hoho..gudluck..

  • bilelah aku nak register muet..huhu

Copyright © 2008 - hafreze.com
Theme by nEUtrOniCs and powered by WordPress.