Sudah sekian lama aku tidak mengupdatekan blog ini, bukan kerana malas, bukan kerana internet down, tapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan. Kehidupan yang semakin sibuk dengan menelaah pelajaran (skemanya) serta projek-projek yang bakal mendatang membuatkan aku semakin terlupa dengan dunia blog.
Oh, apakah kisah terbaru aku kini?
1. Berjaya melepasi Pre-Qualification untuk IHL Business Plan Competition
Terdiri daripada 2 orang jejaka hot MMU, kami berjaya menjadi finalist untuk pertandingan tersebut dimana kami akan berentap dengan 9 lagi IPTA/IPTS dari seluruh negara. Terdapat 2 kategori untuk pertandingan ini, dan kami memasuki dalam kategori business idea. Ya, mungkin kalian tidak percaya bahawa kami hanya mengambil masa sehari sahaja untuk menyiapkan proposal 25+ muka surat. Oh, team aku adalah ideas.connection.

2. Aku mula kembali single dan available
Bukan mudah untuk memastikan sesuatu hubungan itu berkekalan, kadang-kadang kita terpaksa menerima hakikat bahawa orang yang kita sayang itu sudah tiada disisi kita. Pertemuan dengan dia amat memberikan kebahagiaan kepada aku, namun hati perempuan siapa yang tahu. Dalam sekelip mata, dia mula berubah hati menjadi perempuan yang tidak aku kenali.
Aku tidak mahu berkata apa-apa mengenai dia, cukuplah aku katakan disini bahawa hati aku sudah fed-up untuk jatuh cinta. Dan tidak mungkin dalam masa terdekat ini untuk aku mencari pengantinya, kerana aku tidak mahu mengecewakan perempuan lain. Oh, terjiwang pula!
3. Kemungkinan memasuki pertandingan anjuran Google
Baru-baru ini, Avijit dari enveluv.com menjemput beberapa pelajar MMU untuk membuat kumpulan bagi menghadapi cabaran yang bakal kami hadapi. Pertandingan ini dianjurkan oleh Google dimana hadiah utamanya adalah lawatan ke ibu pejabat Google di Mountain View. Hadiah itu tidaklah terlalu lumayan bagi aku, namun aku suka mencantikkan portfolio aku agar mudah diterima untuk bekerja kelak. Persoalannya, adakah masa mengizinkan aku untuk menyertai kumpulan tersebut?
4. Dunia baru bolehlah tahan!
Minggu lepas, aku dan ex-gf aku menonton cerita Dunia Baru The Movie di One Utama. Aku tidak pernah mengikuti drama tersebut, namun kerana memikirkan hati si dia yang begitu kepingin melihat cerita tersebut, aku ikutkan sahaja. Ha! walaupun kami sudah berpisah, namun masih berkawan baik, dan aku merasakan perkara ini amat cool. Di awalan cerita tersebut, aku menyangkakan cerita ini akan sama seperti cerita cinta tipikal Malaysia. Mungkin ada benar disitu, tapi bagi aku cerita tersebut penuh dengan humour dan gelak tawa. aku suka adengan dimana Elyana menyanyikan lagu Sepohon Kayu di perkahwinan orang lain. Sangat melucukan kerana lagu tersebut amatlah tidak sesuai dinyanyikan di majlis perkahwinan orang, dan juga Peire Andre dengan aksi joget untanya. 3/5 bintang aku berikan kepada Dunia Baru.
5. Kau perlu kenal aku sebelum berkata apa-apa
Aku amat berasa kecewa apabila sesetengah pihak bijak membuat pelbagai tafsiran mengenai aku, walaupun baru jumpa sekali. Selalunya perempuan lah yang berjaya mewujudkan spekulasi murahan sebegini. Seingat aku, tidak pernah aku berkata buruk pasal dia, malah nama penuh dia pun aku tidak tahu. Aku tidak kisah kalau dia hanya berkata-kata mengenai aku, bagi aku mulut orang ini hanyalah sementara, lama-lama akan senyap. Namun perbuatannya tidak hanya sampai disitu, dia menghasut teman rapat aku agar menjarakkan diri dari aku, ini sudah lebih! Aku membuat beberapa interview bersama kawan-kawan yang sama fakulti dengannya, kebenarannya ramai yang mengatakan pelajar perempuan FOE itu untuk memang celupar mulutnya.
Ada satu trend dalam FOE dimana sikap iri hati terhadap satu sama lain. Aku pula datangnya dari FOM, oh begitu hebatnya kau boleh kenal aku dalam masa beberapa jam! Persetankan dia, bagi aku kau hanyalah picisan.
6. Lagi-lagi JCO donut

Barang sesiapa yang tidak menjamah donut buatan JCO, anda tergolong dalam umat yang rugi! Aku berani mengatakan pendirian ini kerana kelembutan tekstur donut itu berjaya mengalirkan air liur setiap kali aku teringatkannya. Ada pelbagai jenis donut yang boleh didapati, seperti cheese me up, chocolate dan lain-lain. Malah, kesedapan JCO berjaya mengatasi Dunkin Donut yang sekian lama bertapak di Malaysia. Aku selalu menghabiskan masa di Sunway, bukan kerana melepak di kedai tersebut, tetapi terpaksa beratur panjang dengan sekalian umat manusia di kedai tersebut.
Dan, terakhir, apakah perancangan aku selepas ini?
Disaat ini, aku mengharuskan diri aku bergerak ke Mines untuk bermain pool serta menonton wayang bersama-sama housemate. Jikalau kalian juga ingin kesana, pastikan minyak kereta penuh.
P/s: Aku hampir kehabisan wang, nantikan aku dalam 999 sebagai perompak bank.