Bila melihat MohdIsmail mengayakan gambar-gambar terbaru di blog beliau dengan menggunakan dslr, aku pula terpaksa mengayakan gambar aku dengan kamera kompak yang sangat hampeh. Ini semua gara-gara adik perempuan aku yang berjaya menamatkan riwayat sebuah canon ixus. Aku sangat sayang kamera itu, hanya sebesar tapak tangan, ia mampu merakan segala detik indah lagi bermakna. Sekarang, hidup aku bagai melukut di tepi gantang
Kelmarin, aku berjalan-jalan disekitar LowYatt. Mencari inspirasi untuk membeli sebuah kamera nikon d40. Lalu, aku bertanya pada tuan kedai.
‘Bos, ini kamera RM1399..boleh dapat tak?’
‘Lu mau Rm1399 arr, wa mau makan apa lor..ini kamilaa (kamera) haa..harga sampai rm1999 maa’
Aku hampa. Tapi tidak mengapa, akan aku dapatkan juga kamera idaman ku. Lalu, untuk mengubatkan hati ku yang mengidamkan D40, aku pegi ke rumah sedara aku yang terletak di Subang. Kebetulan dia juga mempunyai sebuah kamera Nikon D40. Maka, terhasil la gambar ini.
Tiada kesan jerawat. Anda jeles?
Ada awek cakap gambar ini sangat mengoda beliau
Semalam, aku berjalan-jalan di sekitar bandar Melaka. Aku pergi ke Jaya Jusco Melaka, Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Sebenarnya, setiap kali aku berada di Melaka, sudah pasti aku akan menjadi driver tetap mama aku. Maka, secara automatiknya, aku menjadi pemandu tidak bergaji.
Kami telah menjalani retail therapy, dimana mama aku berjaya membawa balik sebuah mesin urut kaki osim yang terbaru. Kami juga menghantar cpu yang telah dijahanamkan (adik aku cakap aku yang buat), menghantar kamera untuk dibetulkan ( tak jadi akhirnyer) dan juga sekotak minyak wangi DKNY buat aku sendiri.

Donna anak perempuan karan

Datang bersama porpume (perfume) dan body shower
Aku telah mencuba pelbagai jenis bauan di Parkson, dan sangat terpikat dengan bau lemon campur lavender. Daya tahan bau ini sangat kuat, baru sembur sedikit dah semerbak satu bilik. Kepada jejaka-jejaka diluar sana, ini tips dari aku, perempuan suka lelaki wangi!
Fakta menarik : sengaja mengikut cara tulisan mohdismail..tidak pasti berjaya atau tidak