Disebabkan sindrom raya yang masih panas, aku makin tiada mood nak update blog pasal jumlah visitors yang sangat hampeh. Bayangkan dari 250-300 normal visitors, dah jadi 50-80 je sehari. Walau macamane pun, aku tetap ucapkan selamat hari raya kepada semua rakan-rakan blog.
Disebabkan tahap keboringan yang pada tahap karma, aku bukan main rajin sekali melawat blog-blog mereka ini. Antara blog-blog yang aku lawati adalah:
- Infomalaya.com - Walaupun ada ramai penulis dalam blog ini, aku tetap mengatakan Bat adalah pemiliknya. Pasal, aku rasa macam dia je yang banyak tulis. Amacam Bat? anak murid..ada sihat?
- SyamsulAriff - Si Vangardx ni selalu membuat topik yang best untuk aku gelak-gelak. Maybe pasal dia ni army, nak buat lawak kat padang kawat tu ada mau makan pelempang. So, wat lawak kat blog pun jadila kan.
- AbdFattah - Banyak topik-topik semasa yang disentuh. Tapi aku paling suka bila dilinkkan satu topik tu dengan entri-entri dari blogger laen. Secara tak langsung, aku boleh baca blog laen jugak.
- MohdIsmail - Aku suka baca pasal ayat-ayat yang dia gunakan sangat tersusun. Maksud aku, kalau dibandingkan aku yang English + Melayu. Mohd Ismail pula boleh dikatakan 100% Bahasa Melayu. Tapi dia ni masuk blog aku bukan pernah nak tinggalkan jejak pun..apadaa..
- Khai Scukz - Antara rakan blog yang boleh dikatakan rapat dengan aku. Even we all tak pernah jumpe, tapi boleh dikatakan friendly sangat. Antara topik menarik yang kami sentuh adalah mengenai server down, graphic dan T**A..sape T**A?..haha
AkakFiona - Pemilik zetsful ni cukup pantang bila aku panggil dia akak. Rakan dari LKW yang sangat friendly, cheerful dan lawak. Selalu berbincang dengan dia pasal PPP, tempat makan dan lain-lain. Fiona, buka semester nanti I dah boleh lepak sama dengan u la!- SaifulSham - Aku banyak belajar teknik marketing dalam blog dia ni. Kelmarin, ada seorang pelajar dari UKM rasanya datang rumah aku beraya. Gadis itu merupakan pelajar peringkat Master, dia ada menyebut bahawa SaifulSham pernah memberikan talk di tempat beliau belajar. Sangat berinformasi untuk mana-mana pembaca yang minat mengenai bidang bisnes.
- Megat Blogmas - Antara faktor aku rajin ke blog dia ni pasal die slalu tinggalkan komen. Seperti Khai pernah mentionkan pada aku, die malas tinggalkan komen pada blog aku pasal aku guna blogger. So, terima kasih Megat atas kerajinan hang.
- Szab.net - orang top dalam mencari duit secara online. suke melawat blog ini untuk belajar dari orang yang sudah berjaya.
- 5xmom.com - Ini adalah blog yang aku akan lawat lebih dari 4-5 kali sehari. Aku suka melawat blog aunty ni pasal dia sangat lantang bersuara terhadap Google yang kejam. Sesungguhnya aku amat membenci google yang suka memotong rezeki orang lain. Kepada blogger yang bermediumkan English, lawatlah blog 5xmom kerana anda akan impress dengan kata-kata dia yang simple tapi sinis.
Aku sudah menyatakan 10 blog yang aku lawati setiap hari, korang pula bagaimana?

By sebol on Oct 20, 2007
Aku gunakan beras untuk baca blog orang
aku dah tak larat nak keep track blog orang,
By Bat on Oct 20, 2007
Huhu..Penulis lain dalam infomalaya ada komitmen lain gak. jadi aku faham dengan semua tuh..Tambahan pulak, aku yg jarang update sekarang..
Bukan takda idea, tapi camna ek nak cakap, bila kerja dah bertimbun, fokus ngan semangat nak menulis tu dah down dan luntur skit la..Visitor takyah cakap la..Memang terus down ding dong..huhu..Aku mintak maaf sangat la kalau masuk blog aku takda entri baru, sebab aku pun frust bila blog yg aku selalu masuk takda update..hehe..
Harap-harap sempat la setelkan semua kerja dalam bulan ni, InsyaAllah..
Terima kasih ek Hafreze di atas link back dan sokongan anda, cewah..ahaha
By hafreze on Oct 20, 2007
sebol : aku bukak blog tue jer mesti browser aku tershutdown…tensi..tensi..
bat : ehehe..aku kan mmg baek dan ensem suke memberikan sokongan..btw..ade satu blog aku nk mintak backlink nnti..
By Bat on Oct 20, 2007
Hehe..Owh, exchange links ek? Baru aku perasan ada org lain request nak tukar links, tapi aku tak perasan..huhu..Nanti InsyaAllah petang nanti aku update..
Err, hang student marketing/business kan? Mintak YM id bleh? Ada benda nak tanya dan diskus…Hehe..Jangan risau, takdanya nak suruh join MLM..huhu..
By hafreze on Oct 20, 2007
bat : nah..ym id aku (sebang100)..without kurungan ok..add ler..blh tambah member2.hehe
By Khai on Oct 21, 2007
Haaa!! ko ni nak kene ni.. jgn la tulis nama pompuan tu full.. kang kalau awek aku terbaca kang, naya aku… dia dah la anti ngan budak tu.. adus ko ni.
neway aku dala sehari masuk 2 kali gak blog ko… kekadang 2 hari 1 kali.. ngeh2.. ko je x pasan :P
By hafreze on Oct 21, 2007
uihh..marah…dh2..aku dh kaver cemerlang dah..ko balik kampus biler?..jom lepak sama2..
By abdfatah on Oct 21, 2007
hahaaa… saya pun tersenarai? apalah sangat blog saya tu sehinggakan dh mencecah angka ribu2 untuk bulan ini.
kena tambah lagi tu untuk menambahkan pendapatan tambahan dari blog2 yang lain…
bulan depan bleh senaraikan blog yang lain pulak sebagaimana vangardx buat. nampak macam tag trackback pulak… nanti laa saya tag balik hang punya blog vangardx. ngeh4…
bulan lain tak tau laaa apakah nasibnya nanti… blog mael lagi banyak link daaa…
By Iced Nyior on Oct 21, 2007
ah…suka sgt panggil i akak! :P u lama sgt cuti ler beb…i dah start kelas esok…tak bestnye :(
By megat on Oct 21, 2007
uiks ko listkan blog aku gak ker!? malula :p aku masih baru dlm dunia blog nie… korang lain la eheh
lagi pun aku masih tercari-cari identiti utk blog aku
By vangardx on Oct 22, 2007
olla olla..tag trackback? apa maksud kau fatah? tak paham le..beraspadu tu camana pulak fungsinya? nak join boleh sebol? bluequil ape citer ek? dah abis raya dah nie..to hafreze mekasih sebab sudi singgah blog yang baru nak bernafas kembali tu..setelah tgn ini gatal2 mengeli2kan phpmyadmin :p gile beb..aku start dari kosong balik tu..fuh..skang aku backup daily :D serik haha..