
Entri kali ini aku tulis dalam Bahasa Melayu, sebab lebih mesra alam dengan pembaca-pembaca Muslim. Aku memang sangat tertunggu-tunggu Ramadhan tahun ini, tak tahu la pasal apa. Tapi, aku rasa happy sgt, gembira pasal tahun ini merupakan tahun kejayaan aku. Setelah aku hampir musnah pada Ramadhan yang lepas, aku berharap Ramadhan tahun ini dapat memberikan nafas baru untuk aku.
Berpuasa, bak kata ustaz aku, ‘menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkata yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari’. Korang still ingat perkara-perkara yang membatalkan puasa? List ini adalah sekadar reminder daripada aku kepada korang semua : Malam sebelum puasa, aku mengingatkan diri aku dan rakan-rakan pembaca tentang niat puasa pada bulan Ramadhan, iaitu: “Sahaja aku berpuasa esok, fardhu bulan Ramadhan tahun ini Kalau boleh, niat untuk sebulan terus, kang terlupa sia-sia jerk. Selain itu, masa Ramadhan ni banyak perkara-perkara sunat yang boleh kita amalkan. Yerla, Ramadhan ialah bulan penuh keberkatan, bulan orang beramal. Maka, sudah tentu kita cuba bersedekah seperti kelaziman setiap tahun. Antara perkara-perkara sunat yang digalakkan adalah :
Aku harap, dengan sedikit peringatan ni dapatlah kita mengingatkan kawan-kawan kita yang lain. Aku tak pandai sangat nak hujah bab-bab agama yang mendalam, so aku hanya share kan jerla benda yang basic, tapi mudah dilupakan oleh sesetengah orang. Bile sebut Ramadhan, mesti dah terbayang bazaar Ramadhan, resepi-resepi yang bakal dipakai dan lain-lain. Ye, aku juga mengalami perasaan yang sama. Semalam, aku berbual dengan kawan aku, Azim mengenai bazaar Ramadhan. Bagi aku yang menetap di Dengkil, sudah tentu bukan masalah besar bagi aku. Tetapi kepada yang menetap di Cyber, Bazaar Ramadhan terletak di Putrajaya, iaitu di depan bangunan Ministry of Finance. Kat Cyber ni, ada jugak bazaar Ramadhan, tapi tak sebest kat Putrajaya. Jikalau korang ingin tempat makan yang sedap-sedap, korang boleh try Dengkil yang menyediakan pelbagai juadah makan yang menarik. Sesungguhnya aku sangat bangga dengan tempat ini, walaupun jalan die buruk(under construction), tapi nak carik makan bukan main senang..Hidup DG!! Haih, sudah 4 tahun aku sambut first day puasa kat tempat lain, dah takde ngan family. Aku pun dah lama tak jenguk Melaka, sangat busy dengan urusan kerja dan kampus. Sampai Papa aku bertanya, ‘Eyh, ko nie biler nk balik?’. Takpe lah, biar lah aku kat sini belajar seperti biasa, nanti dah abis exam, aku balik ler. Actually, aku malas sangat nak drive balik, terlalu malas. By the way, urusan pembelian domain kepada pemenang-pemenang dah selesai. Just En.Afzai still pending, takpela, aku simpankan jerk bajet untuk die. Hari ni, aku akan uruskan penghantaran buku kepada Vangardx dan Abd Fatah. Ada kawan kita dah dapat domain baru, pemilik nama blog terpanjang iaitu http://ibnuyusufaljohori.blogspot.com dah bertukar nama ke http://www.yussamir.com. Diharapkan kempen perkongsian ilmu beliau dengan kita semua akan bertambah maju. Blog die sangat informatif ok, aku pun kadang-kadang kene baca betul-betul bagi paham. Tapi, kalau die tukar ke layout yang lebih menarik, mungkin lebih best untuk kite semua. Sekian.
kerana Allah Ta’ala”.







