September 21st, 2007 | |
Posted in personal
Assalamualaikum, kepada pemilik-pemilik adsense, adakah korang sudah mendownload list keyword yang aku kasi dibawah itu? Sila-sila, aku pun tak tau benda tu boleh menolong korang ke tak. Tapi kalau dapat tolong, alhamdullilah!
Sebelum ni, aku merupakan orang yang paling pemalas untuk menjawab tag. Tapi disebabkan orang yang meminta ini adalah pemilik Scukz, Khai. Maka, aku melayankan juga permintaan beliau. Yerla, orang itu sudah dapat N73 baru!
Bila melihat Khai bergembira dengan N73 barunya secara percuma, aku teringat apabila aku juga pernah menerima layanan yang sama. Kakak itu juga merupakan isteri orang, dan rajin melayan kerenah aku. Aku selalu meneman dia bershopping sakan tatkala MegaSale memanggil-manggil kami. Aku dapat rasakan kakak itu keseorangan kerana suaminya sering pergi ke luar negara disebabkan pekerjaan. Namun, aku dengan dia sudah hampir putus hubungan kerana makin hari aku makin sibuk dengan urusan peribadi.
Berkenaan entry ‘How to voice out your blog entry‘ , saudara sebol ada membuat review best mengenai blog aku. Ini adalah entry beliau mengenai ‘blog bercakap sendiri hafreze.com‘, Terima kasih!
Ini adalah tag yang Khai suruh aku buat :
Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
ntah ler, rasa-rasa darjah 3 kot, best pasal dapat duit raya banyak
Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
pernah, pasal aku lapar aku redah jrk
Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
Pernah. bunga apa yang aku tak sentuh, kalau boleh tahap mercun time merdeka aku nak letupkan.
Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
ayam percik. kesedapan tahap gaban
Lagu raya manakah yang anda suka??
Aku suka lagu yang sayu dan pilu. Macam lagi Raihan ft. Mambai tu ke atau dari Siti Nurhaliza, Air Mata Syawal.
Tahun ini anda beraya di mana??
bukit beruntung kot. ramai family aku mempunyai rumah disitu termasuk aku.
Pernahkah anda bertugas di hari raya??
pernah. Pagi hari raya pertama dah bukak laptop tengok hasil kerja semalam.
Apakah kenangan paling manis di hari raya??
Beratur dapat duit raya! Even aku dah besar pun, aku still dapat duit raya. Ahh, pedulikan..
Related Posts
- 10 Blog Yang Akan Aku Lawati Lebih 2 Kali Sehari...
- Jom Hantar Kad Hari Raya...
- Mari Meriahkan Sambutan Hari Raya 2007...
- Gambar Zarina An-Julie Bogel Tersebar...
- Servis Kereta Sempena Hari Raya 2008 - Cartoon Strip...