23 hb 5 merupekan tarikh keramat buat aku kerana hampir 2 minggu terseksa menghadapi exam final yang sememangnya memeningkan kepala. Semalam lega sudah dengan last paper dan dengan segera aku packing barang and balik ke Melaka. Mintak maaf sangat2 psl memang dah lama aku tak update blog nie. Entry kali ini pun gune bahasa melayu, lantak laaa…
Cuti ni, aku mendapat tawaran buat freelance buat marketing plan kat kawasan KL. Just nice kerana aku mmg perlukan duit segera untuk pasang braces ni. Actually, kalau aku ade duit banyak, aku taknak susahkan pun parents aku yang besarkan aku sejak kecik. So, alhamdullilah,sejak aku belajar kat MMU ni, parents aku tak pernah bayar pun sesen tuition fees. Just kadang-kadang jer kasi duit belanja.
Semalam final paper adalah paper marketing, dan sememangnya aku amat membenci subjek-subjek yang perlukan pembacaan ni. Ini disebabkan aku amat malas nak bersengkang mata menghafal setiap keyword penting dalam prinsip-prinsip marketing. Tapi, tak lupe jugak, semester depan, aku perlu mengambil 7 subjek, dimana 5 darinya ade subjek teras. Aku dapat merasakan memang semester depan aku berada dalam keadaan yang sangat-sangat busy.
Dengkil?..Aku akan berpindah ke dengkil dimana mengambil masa 10 minit dari cyber. Kenapa aku pindah?..Pasal aku dah bosan duduk di cyberia disamping terpaksa membayar sewa bilik yang mahal (400 beb). Rumah yang aku stay sekarang ade 3 orang sahaja, dan aku rasa sangat membosankan kerana setiap kali balik rumah, mesti takde orang.
By the way, rumah baru aku nie, ade 7 org kesemuanya. Aku memilih untuk tinggal di bilik single untuk menjaga keprivasian aku. Tapi banyak yang perlu aku buat kat bilik tue, seperti pasang kipas syiling dan sebagainya. Aku mintak owner pasang kipas syiling, tapi banyak songeh die punyer alasan. So, aku mengambil langkah untuk pasang sendiri kipas syiling tu. Peduli ape aku owner nak cakap ape, aku bayar..haha
Rumah baru aku ni, merupakan rumah teres 2 tingkat yang agak mewah. Kawasan perumahan tersebut memang bersih dan kedai mamak terdekat adelah 10 meter dengan berjalan kaki. Memang heaven pasal aku tak perlu fikir nak makan lepas ni. Since aku pun dah tukar kereta yang lebih menjimatkan minyak, so bab2 minyak ni takda masalah bagi aku.
Azam aku untuk semester akan datang, ‘taknak main2 lagi dah, tapi every sem pn main2 gaks’

