Ketaksuban aku terhadap dunia internet, kerana satu perkara, iaitu segala pengetahuan berada di telunjuk jari ini. Aku harus berterima kasih kepada Wikipedia & Google, kerana tanpa mereka, mungkin agak susah untuk aku menghabiskan degree di MMU. Fahamkan maksud tersirat ini…
Namun, di sebalik kebangkitan dunia internet & teknologi, satu perkara masih berada di takuk lama, iaitu kelajuan internet. Sejak minggu lepas, aku sakit hati gila dengan streamyx, sikit-sikit disconnect.

Harap benda ni tak terjadi kepada aku.
Paling aku sentap, kalau tengah download file besar, tiba-tiba terputus. Peh, kau tahu sahaja lah macam mana geram tak geram kan?

Nasib baik lah DiGi ada menganjurkan MMS Speak Up untuk aku lepaskan geram pada Streamyx. Iyalah, kalau hubungi Call Center, kena sopan-sopan, segan pula aku nak marah-marah. Ha, yang ni best, menurut DiGi, aku boleh membuat apa sahaja mesej yang ingin ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam bentuk MMS. Mesej tersebut mesti mengandungi maksud “How To Make Malaysian Better”
Fuh, aku selalu juga main MMS, terutamanya dengan rakan-rakan perempuan (iya, perempuan sahaja). Ada seorang rakan wanita, kerap bermain MMS dengan aku ketika beliau berada di ofis, mungkin untuk hilangkan bosan. Meja ofis, bilik bos, hingga ke dalam tandas pun dia MMS kat aku, heaven tak?

Hari ini, aku terkeluar daripada rutin harian, aku telah MMS ke DiGi satu gambar yang (mungkin) memberi makna kepada rakyat Malaysia. Kalau bernasib baik, kemungkinan aku akan menang hadiah berupa RM3000 beserta sebuah Ipod Shuffle. Fuh, macam 2-in- 1, lepas geram sambil menang, menarik bukan?
Cara untuk lepaskan geram, senang sahaja. Ikut step di bawah :
1. Kau harus snap-kan satu MMS yang mengambarkan eksperesi kau dengan cara yang paling kreatif.
2. Hantarkan MMS tersebut ke 016-6029788
3. Sekarang, kau sudah pun layak untuk memenangi hadiah.
Pada masa yang sama, 3 kategori menjadi taruhan untuk peserta MMS Speak up & andai kata kau merupakan seorang blogger Nuffnang, kau boleh memenangi hadiah yang lebih best!
Kategori Early Bird
- 100 blogger pertama yang menyertai pertandingan ini & menulis blog akan dihadiahkan 2 keping tiket wayang GSC & kau bebas untuk memilih apa sahaja filem yang ingin ditonton.
- Pastikan kau hantar MMS ke 016-6029788 & hantarkan link entri blog kau berserta no telefon kepada digimms@nuffnang.com
Kategori Most Creative Entry
Kau pasti cerita kau sangat best hingga mampu membuatkan orang pecah perut atau menitiskan air mata?
Kalau cerita kau paling kreatif, RM3000 beserta sebuah Ipod shuffle akan menjadi milik kau. Manakala 4 peserta yang sama kreatif (cuma kurang sikit dari kau) akan layak menerima sebuah Ipod Shuffle.
Kategori Public
- Terbuka untuk semua (termasuk bukan blogger)
- Hantarkan MMS ke 016-6029788. Ada 8 buah 8 LG Cookie Touchscreen untuk kau menangi.

So, apa lagi tunggu? Speak, Say, Shout & Scream melalui DiGi MMS supaya mesej atau ekspresi kau dapat disampaikan kepada semua rakyat Malaysia, jadilah seperti mereka di atas. Ini lah waktunya untuk kau menyuarakan pendapat dengan cara paling selamat, tanpa rusuhan! http://www.nuffnang.com.my/digi-speak-up-malaysia/